Ketahui Personaliti Dengan Wangian Perfume
Minyak wangi salah satu aksesori yang boleh dikatakan wajib bagi semua orang sebelum keluar rumah. Menyembur perfume membantu meningkatkan lagi keyakinan diri, membuatkan orang sekeliling selesa dan kurang tekanan.
Pemilihan bauan perfume melambangkan personaliti seseorang. Setiap orang memiliki taste yang berlainan, setiap bauan akan mencerminkan diri. Jadi, apa bauan yang menjadi pilihan anda?
Sebelum ketahui jenis wangi-wangian, ketahui dahulu perbezaan jenis perfume.
Parfum
Parfum boleh bertahan lebih kurang enam jam kerana kandungan cecair minyak wangi 15 hingga 30 peratus. Wangian lebih lama dan harga pun agak mahal.
Eau De Parfum (EDP)
Kepekatan cecair minyak wangi lapan hingga 15 peratus dan boleh bertahan dua hingga empat jam.
Eau De Toilette (EDT)
Rasanya ramai yang sudah tahu EDT bauan yang tidak kekal lama. Ketahanan bau EDT lebih kurang dua jam sahaja. Ia adalah jenis cologne dan mempunyai kepekatan wangian antara tiga hingga lima peratus sahaja. Bau lebih ringan dan sekejap.
Jenis-jenis wangian yang menjadi kegemaran anda akan menyerlahkan personaliti.
Campuran Buah
Semestinya wangian jenis fruity ini membawa penampilan yang fresh, mudah bersosial, peramah dan dikenali sebagai extrovert. Mudah membawa diri dan bergaul dengan orang sekeliling, mudah didekati dan sentiasa gembira.
Earthy
Wangian ini lebih kepada bauan semulajadi yang membawa imej yang berbeza daripada extrovert. Individu yang pendiam, suka menyendiri dan sukakan aktiviti individu. Bukan bermakna sombong tapi lebih selesa melakukan kerja berseorangan dan tidak suka mendapat perhatian.
Campuran Floral
Melambangkan dirinya yang sophisticated dan matang. Gaya yang moden menyerlahkan sifat cheecky dan unik. Boleh menghilangkan stress dan sentiasa ceria.
Citrus
Mempunyai keyakinan yang tinggi, sukakan cabaran dan idea baru. Wangian ini melambangkan keunikan pada setiap penampilan.
Bunga
Lebih menyerlahkan sifat feminin dan ciri kewanitaan seperti lemah-lembut, sukakan kecantikan bak perempuan Melayu terakhir. Wangian ini juga menampakkan diri seseorang yang rendah diri dan orang sekeliling menyukainya.’
Akuatik
Sentiasa bersemangat, mempunyai cita-cita tinggi, anggun dan mahal. Watak yang elegan mencerminkan seseorang lebih berdedikasi dan intelek dalam bidang yang diceburi.
Oriental
Memiliki sifat tersendiri. Cara pemikiran yang tinggi, bahasa tubuh yang menarik dan seksi.