Kenali Penyakit Ekzema Yang Sering Berlaku Kepada Kanak-Kanak
Ekzema adalah keradangan kulit serta bengkak, gatal, ruam merah yang akan menjadi lebih teruk seperti melecur yang berair.
Penyakit kulit ini juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit) yang selalunya terdapat di bahagian muka, pergelangan tangan, pelipat siku dan lutut. Bahagian kulit yang terkena juga akan menjadi kasar dan berkerak.
Biasanya ekzema berlaku kepada kanak-kanak yang tidak lebih lima tahun. Penyakit ini juga tidak berjangkit hanya memerlukan penjagaan yang rapi.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Tompok-tompok pada kulit, gatal, kulit kering pada tangan, leher, muka dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisi, kasar dan bertukar warna merah.
Bengkak kecil yang berair.
Faktor-Faktor Ekzema
Keturunan.
Infeksi virus.
Bahan kimia seperti sabun, losyen atau minyak wangi.
Alahan kepada bahan makanan.
Cara Rawatan Moden
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembap, krim untuk menahan dari kering dan gatal.
Zrim Steroid untuk kegatal yang sangat teruk.
Antibiotik elak jangkitan kuman.
Untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit ekzema, pastikan kanak-kanak mempunyai bilik yang selesa, nyaman dan bersih.
Elak mandikan kanak-kanak dengan air yang suam atau panas.
Jangan pakaikan kanak-kanak baju yang kasar, tebal dan berlapis-lapis.
Pakaikan kanak-kanak pakaian material kapas dan nipis.
Jangan menggunakan sabun yang mempunyai bahan kimia tinggi.
Gunakan krim pelembap khas selepas mandikan kanak-kanak.
Awasi makanan kanak-kanak terutama yang mempunyai alahan dan dapatkan nasihat doktor.
SUMBER: MYHEALTH.GOV