KAMI TIDAK LAPAR, TAPI HANYA KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN
KAMI TIDAK LAPAR, TAPI HANYA KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN
JERANTUT – 84 keluarga masyarakat orang asli di Kampung Sematau Relau dan Kampung Sungai Bangkong dalam daerah Jerantut,Pahang sentiasa dibantu terutama ketika mereka ditimpa musibah.
Bantuan berbentuk makanan dan barangan asas diagihkan kepada mereka biarpun mereka tinggal di penempatan yang bukan dirancang kerajaan.
Adun Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, mereka merupakan orang asli dari Bukit Serok,Rompin,Pahang dan berhijrah ke daerah itu bagi mencari kayu kayan sebagai sumber utama pendapatan mereka.
Katanya, pada tahun ini, sebanyak 3 kali bantuan makanan diagihkan bermula bantuan banjir pada awal tahun ini, ketika Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mac lalu dan bantuan bulan Ramadan.
Adun Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
Jelasnya ,fasa kedua 28 april 2021 ini muip ..saya dengar esok muip datang lagi ..bantuan dari pas cawangan gelanggi 2 dan 3 setelah keluar atikel tersebut kerana atikel tersebut nyatakan mereka ni lapar ..mereka sini sebenar tak lapar saya sendiri dah dua kali mari rasmi dua kali yang kertiga tak rasmi saya masuk bersama penduduk sini yang pindah 2 ke 3 dalam ke hutan sana itu pun kita cari untuk bagi bantuan .”
Beliau berkata demikian kepada SAHIH dan menafikan berita di sebuah akhbar yang melaporkan masyarakat di kampung tersebut lapar.
Bagaimanapun beliau berterima kasih kerana masyarakat di kawasan itu telah diberikan perhatian umum.
Sementara itu, JKKK Sidin Kota berkata, penduduk di kawasan itu telah dibantu kerajaan negeri ketika mereka ditimpa musibah.
Sidin Kota-JKKK
Namun, mereka kekurangan makanan akibat tidak berani keluar ke hutan mencari hasil kayu, kerana takut dikenakan tindakan undang-undang melanggar SOP.
Jelas Sidin tak kebulur ..walaupun susah asli pun tak ada mati lapar ..cuma kekurangan makanan saja tu aje saya hilang pekerjaan dalam sop ni sabab saya tak berani nak keluar kadang kadang ada yang degil dia keluar yang patuh tak leluar .”
Sidin mengalu-alukan jika terdapat masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.- SAHIH