JUS OREN ELAK BADAN TIDAK SIHAT DAN BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
JUS OREN ELAK BADAN TIDAK SIHAT DAN BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Sebenarnya ramai yang mengamalkan makan Vitamin C dan E untuk kekal sihat dan cergas. Untuk tujuan kecantikan pun ada.
Untuk kita, mungkin tidak biasa minum jus oren di waktu pagi. Kalau pergi hotel, waktu sarapan mesti menyediakan jus oren tapi sesetengah orang tidak boleh terima mungkin takut sakit perut dan sebagainya. Tahu tak minum jus oren waktu pagi memberikan banyak kebaikan pada badan. Nak tahu apa? Jom!
Kulit Lebih Cantik
Vitamin C memang membantu kulit lebih sihat. Bukan setakat kulit muka sahaja, malah kulit pada badan juga. Amalkan minum jus oren setiap pagi untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan bersih. Tambahan pula, jus oren merangsang kolagen dan lindungi kulit dari sinaran UV matahari.
Sistem Imun Badan
Amalkan minum jus oren waktu pagi membantu tingkatkan sistem imun badan. Sistem badan berfungsi dengan lancar. Selain itu, boleh mencantikkan kulit, elak demam an selesema. Paling penting, kurang serangan kanser.
Tekanan Darah
Sangat bagus kepada individu yang mempunyai masalah darah tinggi. DIkatakan jika minum jus oren segar 500ml setiap pagi, boleh mengurangkan tekanan darah tinggi kerana jus oren mempunyai hesperidin yang mengawal tekanan darah. Boleh amalkan.
Turunkan Kadar Kolesterol
Ini satu lagi tips yang baik. Jus oren boleh menurunkan kadar kolesterol atau HDL dalam bada. HDL adalah kolesterol baik yang berfungsi membawa kolesterol keluar melalui air kencing. Selain itu, jus oren mengandungi Vitamin C yang tinggi, asid folik dan pigmen yang membantu turunkan LDL iaitu kolesterol yang tidak berguna.
Anti Radang
Antioksida bertindak menghalang radikal bebas seperti pencemaran udara, bahan kimia dan debu. Jus oren juga mengurangkan risiko penyakit strok, dan serangan jantung.
Asid Folik
Ini khas untuk ibu mengandung atau kepada wanita yang merancang untuk mengandung. Minum jus oren setiap hari sebagai vitamin tambahan kepada ibu dan bayi. Vitamin yang dihasilkan boleh mencegah kecacatan otak bayi. Asid folik bagus diamalkan sebelum mengandung atau kandungan seawal 3 bulan.