Jerantut, Bentong dan Rompin dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat hari ini
Jerantut, Bentong dan Rompin dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat hari ini
JERANTUT – Penduduk di kawasan Jerantut, Bentong dan Rompin perlu berhati-hari dengan jangkaan ribut petir dan hujan lebat diramal akan berlaku hari ini.
Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan ribut petir dan hujan lebat terus berlaku di lapan negeri hingga 4 petang ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.55 tengah hari ini oleh MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di seluruh Johor serta beberapa kawasan di Kedah (Langkawi) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).
Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat dan di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.
Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman iaitu di Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).-SAHIH.