GOTONG-ROYONG SEMARAK RAMADAN DI JENGKA 24
GOTONG-ROYONG SEMARAK RAMADAN DI JENGKA 24
JERANTUT: Selepas kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan solat tarawih, seramai 100 penduduk bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat gotong-royong perdana membersihkan Masjid As-Sobirin di Jengka 24, Jerantut, Pahang.
Pengerusi Gabungan Biro Sosial Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, gotong-royong tersebut sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan untuk keselesaan penduduk solat terawih secara berjemaah di masjid.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
Gotong-royong itu disertai penduduk askar wataniah, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan Kami Anak Felda (KAF).
Gotong-royong tersebut memberi tumpuan kepada mengecat pagar, membersihkan tandas, membaiki paip dan membaiki longkang tersumbat.
“Kerja gotong-royong kali ini tertumpu kepada kerja mengecat pagar membersih tandas, membaiki atap dan longkang tersumbat di persekitaran masjid.
“Selain itu kita juga membersihkan pinggan mangkuk untuk persediaan menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya.
GAMBAR IHSAN PENDUDUK
Katanya, dalam suasana gembira untuk meyambut Ramadan, kesemua peserta bagaimanapun sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.
Beliau turut mengajak warga Jengka 24 untuk bersama-sama mengimarahkan masjid As-Sobirin pada bulan Ramadan yang bakal tiba.- SAHIH