Durian seberat 2.3 tan sambut keluargaan Warga UPSI
Foto : Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff (empat dari kiri) bersama kakitangan UPSI bergambar bersama durian sebanyak 2.3 tan sempena Sambutan Hari Keluarga UPSI 2025 di Gerbang Suria, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
Durian seberat 2.3 tan sambut keluargaan Warga UPSI
TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan sebanyak 2.3 tan durian untuk dinikmati warganya sempena Sambutan Hari Keluarga UPSI 2025 yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Bulanan Edisi Julai di Gerbang Suria, Kampus Sultan Azlan Shah.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, jamuan durian itu bukan sekadar sajian istimewa, malah melambangkan kemewahan rezeki, kerjasama dan hasil usaha bersama seluruh warga universiti.
“Hari Keluarga UPSI menjadi manifestasi semangat silaturahim, kebersamaan dan budaya kerja berpasukan yang menjadi kekuatan institusi pendidikan ini,” katanya.
Majlis turut menyaksikan peluncuran sistem Integrated Collaboration and Networking System (ICONS) oleh Jabatan Strategik UPSI dan pelancaran Dasar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Pindaan 2025) oleh Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Acara turut dimeriahkan dengan gerai juadah pelbagai fakulti, aktiviti kekeluargaan dan penyertaan warga UPSI daripada pelbagai lapisan jawatan, sekali gus memperkukuh hubungan kekeluargaan dan semangat kekitaan.-SAHIH.