Duduk Rumah Jangan Malas Make Up! Ada Extra Tips Untuk Wanita
Ramai perempuan berpendapat ‘buat apa cantik-cantik duduk rumah?’ ‘Nak buat kerja rumah pun nak make up ke?’ Ada yang berfikir hanya suami dan anak-anak je yang berpeluang tengok isteri atau maknya selekeh. Takkan nak cantik 24 jam, rimas!
Ye, betul penat nak sentiasa cantik ni tapi sebenarnya ada baiknya isteri atau mak-mak ni sentiasa dalam keadaan bersedia walaupun di rumah. Tak payahlah pakai kain meleret dekat rumah, tak perlu pakai baju kurung sepanjang masa. Cukup untuk nampak sedikit bersiap dan sedap mata suami dan anak-anak memandang. Eh eh, suami pun kena nampak handsome jugalah, jangan harap isteri je nak cantik memanjang!
Apa yang kaum wanita perlu buat jika tak keluar rumah tapi nak nampak cantik dan kemas sentiasa?
Bangun pagi korang mesti mandi, kan? Bersihkan dan segarkan badan korang.
Pakai foundation nipis atau loose powder. Tak payah make up tebal. Pakai mascara over sangat? Nahh, bercantik untuk suami dan anak, apa salahnya.
Sikat rambut! Nak ikat ke nak lepas ala-ala princess ke. Boleh je janji selesa dan nampak kemas.
Siang hari pakai baju yang sesuai. Boleh pakai kain batik, tapi sekali sekala pakai seluar. Malam pula suka pakai baju kelawar? Tukar angin sikit pakai baju tidur comel-comel.
Apa faedah bersiap cantik-cantik di rumah?
Badan Segar Dan Aura Positif
Siapa jenis malas mandi kalau tak keluar rumah? Rasa tak badan korang lesu, tak ada tenaga dan jadi malas! Tukar jadual mandi korang! Bangun je pagi, terus mandi! Bersiap, tepek sikit bedak dan lipstik nipis. Korang akan rasa bertenaga, positif dan bersemangat untuk buat kerja.
Disiplin
Tahu tak orang yang berdisiplin adalah orang yang bangun pagi pada waktunya. Tak tidur semula. Bangun terus kemas katil, mandi dan mulakan kerja. Korang akan buat rutin harian korang dengan lebih ceria dan selesa. Tak adalah isu tak sempat itu ini.
Lebih Yakin
Bukan keluar rumah atau pergi kerja je kena ada keyakinan diri. Duduk rumah pun kena ada high confidence level sebab taklah insecure dengan jiran. Nampak kawan-kawan semua cantik je, suami diorang puji-puji. So, korang kena cantik juga! Tak rugi pun, kalau bukan sebab nak pujian, at least korang nak ambil parcel dari pos laju pun taklah malu sangat.
Psst! Extra tips untuk kaum wanita. Pakai lipstik warna kegemaran korang. Kalau nak tukar-tukar pun lagi okay. Nampak make up look berlainan setiap hari. Surprise pasangan korang dengan warna lipstik yang boom!