Datuk Nazri cakna rakyat
Datuk Nazri cakna rakyat
Foto atas : Datuk Nazri (kanan sekali) di majlis ramah mesra di Jengka 12, semalam.
JERANTUT – Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah melawat kerja-kerja Pembinaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada Keluarga mangsa rumah terbakar di Felda Jengka 9, semalam.
Pengerusi Sosial Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, keprihatinan penyandang DUN Pulau tawar memang ditagih oleh penduduk di kawasan ini.
“Beliau kerap mengunjungi penduduk dalam kawasan DUN sekiranya dimaklumkan berkaitan kejadian rumah terbakar, banjir malah berlaku kematian.
“Tokoh sebegini wajar dipilih demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk dan pengundi di sini,” katanya.
Katanya, sejak beliau (Nazri) menyandang Dun Pulau tawar pada 2018, beliau tidak pernah alfa dengan tanggunjawabnya terhadap rakyat dan kepercayaan turut diberi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan melantiknya sebagai Exco.-SAHIH.