Selalunya barang makeup yang cepat habis mesti lipstik atau lipmatte. Yelah, lepas makan tambah lipstik, lepas solat tambah lipstik, bibir kusam tambah lipstik.
Sebab tu cepat habis. Lagi-lagi jenis liquid.
Bila lipmate habis, jangan buang dulu! Sebenarnya ada cara lain untuk korang korek-korek botol lipmatte tu, sekurang-kurangnya boleh pakai beberapa kali lagi.
Untuk hack makeuplipmatte ni, hanya gunakan dua bahan je. Ketip kuku dan lipmatte yang dah habis.
Ikut steps ini!
Buka penutup botol lipmatte
Guna pengetip kuku untuk ketip stopper plastik yang ada dalam botol lipmatte.
Keluarkan stopper tersebut mesti ada lipmatte lebihan dalam botol tu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siapa single dekat sini? Sebelum korang memulakan sesi pencarian bakal suami, pastikan korang tahu apa ciri-ciri yang kena elak pada seorang lelaki. Memang tiada yang sempurna tapi kita masih berpeluang untuk mencari yang lebih baik.
Jadi, jom tengok ciri-ciri lelaki yang korang patut elak untuk menjalinkan hubungan. Tapi kalau itu memang taste korang, haa hadaplah ye. Selamat berjaya!
Lelaki Tidak Bekerja
Sebolehnya carilah lelaki yang bekerja. Tidak kira bekerja tetap atau kerja secara sendirian. Yang penting ada sumber kewangan dan stabil untuk menyara hidup keluarga. Bukan perempuan tak perlu keluar duit tapi kebajikan pasangan dan keluarga adalah tanggungjawab seorang lelaki.
Lelaki Tiada Pendirian
Cari lelaki yang ada plan masa hadapan, berwawasan dan tidak putus asa. Jangan cari yang sekejap tukar kerja, selepas sebulan tukar kerja lain, nak buat perniagaan sendiri. Sumber pendapatan tidak tetap dan tiada hala tuju.
Lelaki Cakap Tak Serupa Bikin
Lelaki macam ni selalunya suka bercakap dan bercerita. Topik yang selalu dicerita mengenai diri sendiri dan selebihnya berangan tanpa ada usaha. Perempuan asyik kena dengar cerita dia sahaja, tapi dia tak berminat untuk mendengar cerita pasangan.
Lelaki Tidak Matang
Pastikan lelaki yang korang pilih adalah matang. Kalau tidak, benda kecil pun boleh jadi besar. Reply Whatsapp lambat pun boleh bergaduh. Apa tah lagi kalau hubungan dilanda masalah, penat korang kena fikir nanti.
Lelaki Kedekut
Jenis macam ni dah boleh tengok dari zaman bercinta lagi. Kalau masa bercinta pun asyik perempuan je keluar duit, lelaki tengok je maknanya sah! Lelaki kedekut. Perempuan yang hadiahkan macam-macam, si lelaki tak memberi pun. Kes ini akan lebih jelas bila dah berkahwin. Semua benda si suami akan berkira. Nak makan ayam pun susah, punyalah tak nak keluar duit.
Lelaki Buaya
Yang ini mestilah kena jauhkan diri. Jangan sesekali cair dengan ayat si buaya darat ni. Nanti korang merana. Si dia kaki perempuan, setiap minggu tukar girlfriend. Jangan letak harapan tinggi kepada lelaki jenis ini, dia tidak akan jaga hati korang pun. Nanti dia dah boring, dia cari perempuan lain pula.
Lelaki Panas Baran
Haa tolong jauhkan diri dengan lelaki jenis panas baran. Kalau yang tak kahwin lagi, jangan harapkan lelaki panas baran boleh ubah sikap lepas kahwin. Kalau yang dah kahwin tu, harap korang dapat jalan penyelesaian sebaiknya.
Lelaki Naik Tangan
Selalunya lelaki naik tangan atau kaki pukul datang sekali dengan panas baran. Ada yang jenis panas baran sahaja tak memukul. So, lebih kurang je. Sama juga seperti lelaki panas baran, elok korang tinggalkan. Jenis naik tangan ni bukan hati je sakit, badan pun boleh berdarah. Hati-hati, okay?
Lelaki Tidak Beriman
Handsome mana pun seorang lelaki itu, korang wajib pilih lelaki yang beriman atau mempunyai pengetahuan agama. Agama adalah perkara paling asas dalam hidup, sekurang-kurangnya pilih lelaki yang ada asas agama dan sama-sama membaiki diri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hye girls! Nak tanya korang lagi suka lelaki confess atau korang yang confess dulu? Atau tak kisah mana-mana janji dapat luahkan perasaan. Okay jom tengok jenis-jenis cara lelaki untuk bagitahu perasaan dia terhadap seseorang. Ada yang senang dan ada juga yang susah nak luahkan.
Setiap lelaki ada cara tersendiri. Tak semua sama, ini hanya rujukan dan andaian sahaja. Manalah tahu, terkena dekat batang hidung sendiri. Tapi yang last tu bahaya sikit, korang kena hati-hati takut kecewa pula nanti.
Lelaki Jenis Normal
Lelaki normal atau yang biasa kita jumpa. Kalau nak confess yang dia suka kita, dia akan buat cara halus tapi jelas. Contohnya, dia akan Whatsapp selalu, tanya khabar, tanya dah makan ke belum. Lepas tu ajak keluar, belanja makan atau tengok wayang. Dari situ korang akan tahu niat dia. Tapi tunggulah dulu, bagi dia masa. Korang pun fikirlah elok-elok, sesuai ke tidak.
Lelaki Jenis Straightforward
Lelaki jenis macam ni paling mudah, terus-terang dan relax. Dia juga jenis terima apa sahaja keputusan yang korang bagi. Kalau korang respon positif, dia akan suka dan teruskan langkahnya. Kalau kena tolak, dia masih lagi okay tapi mungkin kurangkan layanan untuk tidak berharap. Mudahkan? Hidup lelaki macam ni lebih simple.
Lelaki Jenis Slow Motion
Bukan lembab cuma tindakan agak slow. Mungkin dia terlalu banyak berfikir atau takut atau malu. Banyak sangat ‘atau’ sampai tak ada tindakan. Tapi lelaki jenis macam ni bukan dia tak nak luahkan perasaan tapi dia hanya bagi signal je dan mengharapkan korang faham. Lelaki jenis macam ini, langkah paling mudah untuk luahkan perasaan adalah dengan bantuan orang ketiga. Sama ada dia minta tolong kawan dia untuk bagitahu korang atau dia akan bagitahu kawan korang tentang perasaan dia. Complicated sikit tapi itu yang mampu dia buat.
Lelaki Jenis Pemalu
Yang ni memang susah. Bukan jenis pemalu yang sikit tapi terlalu menebal dalam diri. Cara dia adalah, ‘usha’ je perempuan yang dia suka tu sampai dia sendiri melepas. Maknanya, dia takkan confess pada orang yang dia suka tu. Kalau korang suka pada lelaki jenis pemalu ni, korang kena bertindak pantas. Terus terang dan terima keputusan dia dengan hati yang terbuka.
Lelaki Jenis Buaya
Yess! Playboy, girls. Korang faham-faham jela cara dia. Mulut manis, handsome lain macam sikit. Hati-hati tau. Lelaki jenis ini akan terus terang tapi dalam keadaan berlapik. Contoh ayat yang biasa playboy guna, ‘kenapalah i jumpa you lambat, kalau tak mesti kita dah bercinta’. Haa nampak tak, dia bagitahu dia suka tapi macam ada something yang menghalang. Sebab apa? Sebab dia ramai lagi scandal yang dia kena jaga. Careful, okay?
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Korang tidur pakai bra ke tak? Mana lebih selesa? Atau bergantung pada keadaan tempat tidur korang? Ada yang mengatakan tidur pakai bra penyebab boleh terkena kanser payudara. Ada pula yang cakap tidur tanpa bra akan membuatkan payudara cepat kendur dan tidak sihat. Mana satu yang betul ni?
Menurut pakar, tidur pakai bra tidak menyebabkan berlakunya kanser payudara. Bra yang mempunyai dawai atau tidak, masih tidak menyebabkan sebarang penyakit. Tetapi kalau nak pakai bra waktu tidur jangan pakai yang terlalu ketat pastikan saiz mengikut tubuh badan korang.
Pakai Bra Ke Tak?
Kalau nak tidur mesti korang memerlukan keselesaan tahap maksimum. Tempat tidur yang selesa, selimut, bantal dan suhu yang betul. Jadi bergantung pada keselesaan korang sewaktu tidur. Tidak ada kajian yang mengatakan kalau tidur tanpa bra menyebabkan payudara kendur.
Faktor payudara kendur adalah ibu yang menyusukan bayi dan kehamilan. Selain itu, faktor usia juga penyebab utama.
Secara saintifiknya, tiada kesan apa-apa tidur memakai bra atau tidak. Ia hanya pada keselesaan individu. Kebanyakkan wanita mengatakan tidur tanpa memakai bra lebih relax dan lena.
Apa Yang Best Tidur Tak Pakai Bra?
Tidur Berkualiti
Bra berdawai memang lebih meyakinkan untuk dipakai sewaktu melakukan aktiviti harian. Tapi pada waktu malam bra berdawai atau tidak, sebaiknya tidurlah tanpa pakai bra kerana mengurangkan tekanan pada bahagian dada. Ada juga yang pakai bra terlalu ketat hingga menyebabkan sesak nafas. Jalan penyelesaian yang paling mudah adalah tidur tanpa bra! Korang boleh tidur sampai pagi.
Kurangkan Peluh
Kalau korang jenis kuat berpeluh, lebih elok tidur tanpa bra. Tidur pakai bra dengan suhu bilik agak tinggi menyebabkan korang tak selesa dan bahagian dada akan berpeluh. Tidur korang terganggu. Bra yang diperbuat daripada bahan sintetik akan lebih mudah panas.
Tidur tanpa bra dapat membantu suhu badan lebih rendah dan selesa pada waktu malam. Korang memerlukan rehat yang cukup untuk bangun pada waktu pagi dan bekerja!
Risiko Jangkitan Kulit
Kalau tidur pakai bra risiko untuk dijangkiti penyakit kulit agak tinggi. Peredaran udara pada liang pori kulit sentiasa tertutup menyebabkan sukar untuk udara menyerap ke kulit. Kulit di bahagian dada akan lembap dan menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. Kesan daripada itu kulit akan gatal, kemerahan atau irritation.
Risiko Penyumbatan Limfa
Dinasihatkan jangan memakai bra terlalu ketat menyebabkan tekanan yang berlebihan pada payudara dan kecenderungan penyumbatan limfatik lebih tinggi. Masalah ini berlaku apabila pembetukan cecair dalam nodus limfa axillary yang terletak di bahagian ketiak. Kelenjar ini berfungi untuk melawan jangkitan dan kemasukan bahan asing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Doktor gigi cakap gigi yang warna kekuningan adalah gigi yang sihat tapi akan menjadi masalah kepada golongan wanita yang suka pakai lipstik lagi-lagi lipstik yang warna gelap.
Tak apa kalau korang mempunyai gigi yang sihat inilah tips untuk korang yang suka pakai lipstik dan nak nampak gigi lebih cerah dan berseri.
Barulah kalau senyum tu nampak manis je. Nah tips nak nampak gigi putih masa pakai lipstik.
Lipstik Warna Merah
Ramai artis pakai lipstik warna merah terang yang dari jauh dah boleh nampak bibir. Yakin dan pasti cantik! Sebenarnya lipstik merah terang membuatkan gigi korang nampak lebih putih dan cantik. Kesan daripada warna merah membuatkan seri gigi nampak lebih menarik.
Lipstik Warna Coklat
Warna nude atau coklat yang membuatkan warna gigi kelihatan kuning daripada biasa. Elakkan memakai lipstik terang yang berlawanan dengan warna gigi.
Pakai Lip Gloss
Selain elak bibir kering, lip gloss atau pelembap bibir membantu menampakkan bibir korang segar dan lebih muda.
Pakai lipstik yang korang suka dan lapiskan dengan lip gloss menambahkan ilusi warna gigi lebih putih. Gigi nampak cantik, bibir pun sihat!
Lipstik Matte
Lipstik matte memang susah nak hilang walaupun dah makan. Tapi kekurangan lipstik matte membuatkan bibir mudah merekah.
Disebabkan itu, akan menyebabkan gigi korang nampak tak cantik. Yelah, bibir nampak tak sihat, sebab tu elok pakai lip gloss.
Lipstik Warna Rare
Biasa je kan kalau lipstik warna merah, oren, coklat tapi kalau korang cuba pakai lipstik warna yang agak rare boleh menampakkan gigi korang jadi warna kuning.
Warna lipstik seperti ungu, biru, kuning, maroon atau hitam akan menjejaskan warna gigi.
Tapi kalau ada event yang memerlukan pakai lipstik warna rare macam ni, apa salahnya pakai sekali-sekala.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKP dah start semula. Ramai beli barang dapur lebih sebab nak kurangkan keluar rumah. Tapi beli banyak-banyak nanti cepat rosak, nanti rugi pula terpaksa buang. Sayur-sayuran tak boleh simpan lama, paling lama pun boleh tahan dua tiga hari lepas tu layu.
Sebenarnya ada tips untuk kakak-kakak atau abang-abang yang suka masak. Jom tengok tips simpan sayur supaya tahan lama dan sentiasa segar. Ini tips untuk sayur tradisional je tau. Apa-apa pun, selamat mencuba guys!
Bawang
Rasanya simpan bawang ni ramai dah tahu. Letak bawang di tempat yang kering. Yang penting jangan simpan bawang bersama kentang. Simpan bawang di tempat khas dengan suhu bilik.
Kunyit Hidup, Halia, Serai Dan Lengkuas
Korang hanya perlukan botol atau balang yang ada penutup. Isikan air separuh botol, letak kunyit hidup, halia, serai atau lengkuas dan tutup rapat. Tukar air dua minggu sekali. Semua ini akan kekal segar.
Cili
Haa, cili pun selalu pakai tapi selalu juga cepat rosak. Sebelum simpan cili, patahkan tangkai cili. Tak kira cili apa pun, buat cara yang sama. Lepas patahkan tangkai cili, gunakan bekas bertutup yang dilapik dengan tisu kering. Pastikan cili tidak basah atau lembap. Masukkan cili dalam bekas bersama bawang putih seulas dua. Tutup bekas rapat-rapat dan simpan dalam peti.
Tomato
Simpan tomato menghala ke atas. Bahagian atas tomato yang merosakkan tomato. Jadi, jangan simpan tomato bergolek dengan sayuran lain. Susun tomato dengan baik dan tutup bekas.
Kentang
Kalau bawang tak boleh simpan sekali dengan kentang sebab nanti cepat rosak. Tapi kentang boleh simpan bersama epal! Kenapa epal? Emm, cubalah kalau tak percaya. Kentang tak boleh terdedah dengan cahaya matahari. Simpan kentang di tempat yang tidak terlalu panas.
Sayur Hijau
Basuh sayur-sayuran dengan bersih. Kalau ada sayur berakar, jangan buang dulu. Nak masak nanti baru buang. Lepas itu, rendam sayur dalam air yang bercampur garam selama lima ke sepuluh minit. Toskan air dan simpan sayur dalam bekas kedap udara atau ziplock bag. Air garam tadi bertujuan untuk buang bahan kimia pada daun sayur. Senang je kan?
Daun Sup
Tak semua lauk perlukan daun sup tapi daun suplah penyedap masakan. Daun sup memang mudah layu. Jadi korang gunakan botol yang dah dipotong separuh. Letak sedikit air, pastikan air hanya kena pada akar sahaja. Kalau terkena batang daun sup akan cepat rosak dan lembik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai perempuan berpendapat ‘buat apa cantik-cantik duduk rumah?’ ‘Nak buat kerja rumah pun nak make up ke?’ Ada yang berfikir hanya suami dan anak-anak je yang berpeluang tengok isteri atau maknya selekeh. Takkan nak cantik 24 jam, rimas!
Ye, betul penat nak sentiasa cantik ni tapi sebenarnya ada baiknya isteri atau mak-mak ni sentiasa dalam keadaan bersedia walaupun di rumah. Tak payahlah pakai kain meleret dekat rumah, tak perlu pakai baju kurung sepanjang masa. Cukup untuk nampak sedikit bersiap dan sedap mata suami dan anak-anak memandang. Eh eh, suami pun kena nampak handsome jugalah, jangan harap isteri je nak cantik memanjang!
Apa yang kaum wanita perlu buat jika tak keluar rumah tapi nak nampak cantik dan kemas sentiasa?
Bangun pagi korang mesti mandi, kan? Bersihkan dan segarkan badan korang.
Pakai foundation nipis atau loose powder. Tak payah make up tebal. Pakai mascara over sangat? Nahh, bercantik untuk suami dan anak, apa salahnya.
Sikat rambut! Nak ikat ke nak lepas ala-ala princess ke. Boleh je janji selesa dan nampak kemas.
Siang hari pakai baju yang sesuai. Boleh pakai kain batik, tapi sekali sekala pakai seluar. Malam pula suka pakai baju kelawar? Tukar angin sikit pakai baju tidur comel-comel.
Apa faedah bersiap cantik-cantik di rumah?
Badan Segar Dan Aura Positif
Siapa jenis malas mandi kalau tak keluar rumah? Rasa tak badan korang lesu, tak ada tenaga dan jadi malas! Tukar jadual mandi korang! Bangun je pagi, terus mandi! Bersiap, tepek sikit bedak dan lipstik nipis. Korang akan rasa bertenaga, positif dan bersemangat untuk buat kerja.
Disiplin
Tahu tak orang yang berdisiplin adalah orang yang bangun pagi pada waktunya. Tak tidur semula. Bangun terus kemas katil, mandi dan mulakan kerja. Korang akan buat rutin harian korang dengan lebih ceria dan selesa. Tak adalah isu tak sempat itu ini.
Lebih Yakin
Bukan keluar rumah atau pergi kerja je kena ada keyakinan diri. Duduk rumah pun kena ada high confidence level sebab taklah insecure dengan jiran. Nampak kawan-kawan semua cantik je, suami diorang puji-puji. So, korang kena cantik juga! Tak rugi pun, kalau bukan sebab nak pujian, at least korang nak ambil parcel dari pos laju pun taklah malu sangat.
Psst! Extra tips untuk kaum wanita. Pakai lipstik warna kegemaran korang. Kalau nak tukar-tukar pun lagi okay. Nampak make up look berlainan setiap hari. Surprise pasangan korang dengan warna lipstik yang boom!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bersyukur siapa tiada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Tapi kalau korang ada dua masalah ini, korang boleh kurangkan dengan ikut tips di bawah. Yang penting kena banyak bersabar.
Peluh
Lepas work out jangan sesekali biarkan peluh kering sendiri, lebih-lebih lagi kulit jenis sensitif. Peluh di muka perlu dibersihkan segera gunakan tisu atau tuala bersih. Peluh antara penyebab pori-pori korang tersumbat.
Jerawat
Rasanya ramai yang dah tahu, jerawat tidak boleh picit kerana ia akan tinggalkan kesan parut dan buat kulit korang jadi kusam. Kalau ada jerawat, bawa bersabar ye. Sapu ubat atau krim jerawat untuk kecut atau keringkan jerawat.
Makanan Berminyak
Untuk elakkan muka korang naik jerawat, kurangkan makan makanan berminyak. Memang susah nak kurangkan tapi sebolehnya elak. Pelbagaikan masakan korang tu dengan kukus ke bakar ke. Sedap juga.
Minum Air
Seperti biasa, minum air cukup membuatkan kulit lembab. Minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas setiap hari. Minum air banyak memang buat korang rasa nak pergi toilet je tapi sebenarnya ia membantu buang toksin dari badan.
Cuci Dan Skrub Muka
Memang bagus cuci muka dengan skrub tapi tak boleh hari-hari. Cuci muka korang sekurang-kurangnya dua kali sehari, waktu paling sesuai adalah pagi dan sebelum tidur. Skrub pula boleh buat seminggu dua hingga tiga kali sahaja. Pilih skrub yang sesuai dengan kulit. Kalau kulit sensitif, guna skrub yang tekstur halus dan lembut.
Sabun Buku
Pencuci muka ada banyak jenis seperti krim, gel, serbuk dan sabun buku. Yang menggunakan sabun buku, korang kena simpan lebihan sabun di tempat yang betul dan bersih. Kotoran boleh berkumpul pada sabun dan menyebabkan kulit korang kotor.
Syampu
Kadang-kadang buih syampu atau ubat gigi pun jadi punca muka kotor. Kotoran dari rambut yang terkena pada muka menyebabkan muka berjerawat. Lepas syampu atau gosok gigi, bersihkan muka korang betul-betul. Lepas tu, baru cuci muka, okay?
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JELAJAH KEMBARA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF
KUANTAN: Lady bikers dari kelab motosikal berkuasa tinggi, Daz Bikers melakukan kembara solo ke seluruh Semenanjung bermula hari ini.
Lady bikers berkenaan, Nurul Izah Abd. Wahab, 38, berkata, kembara solo tiga hari itu bermula dari Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (TTMS).
Nurul Izah Abd. Wahab
Dia yang berasal dari Bera berkata, jelajah kembara itu dijangka berakhir di daerah ini, lapor UTUSAN MALAYSIA.
“Dalam jelajah kembara solo ini, saya akan singgah di beberapa tempat terpilih untuk menyampaikan sumbangan amal.
“Sumbangan berupa wang tunai disampaikan kepada golongan asnaf,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nurul Izah yang mengusahakan sebuah restoran di bandar ini berkata, dia mengambil kesempatan sempena cuti sambutan perayaan Krismas untuk melakukan program kembara berkenaan.
Dia berterima kasih kepada Trizure International Sdn. Bhd. kerana menaja perbelanjaannya melakukan kembara tersebut.
“Sebagai pengembara wanita, cabaran paling besar buat saya sudah pasti berkaitan dengan aspek keselamatan.
“Oleh itu, perancangan memainkan peranan sangat penting untuk memastikan pengembaraan berjalan lancar,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kalau pakai lipstick, mesti bibir jadi kering. Warna lipstick jadi tak rata. Lagi banyak anda tambah lipstick, lagi kering bibir. Untuk elakkan bibir kering semasa pakai lipstick, cuba tips ini. Pasti bibir anda tidak merekah, lebih seksi dan cantik.
Exfoliation Bibir
Exfoliation adalah pengelupasan. Lakukan secara rutin sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu mengikut kesesuaian kulit bibir. Gunakan skrub bibir atau anda boleh buat sendiri di rumah menggunakan madu dan gula. Buang kulit kering atau kulit mati di bibir supaya nampak lebih segar.
Pelembap Bibir
Wajib pakai pelembap bibir setiap hari, lebih-lebih lagi jika anda terdedah dengan cahaya matahari. Gunakan apa sahaja jenama pelembap bibir yang sesuai. Sebelum pakai lipstick, sapukan pelembap bibir dahulu.
Lip Mask
Sekarang lip mask sheet sudah banyak dijual. Pakai lip mask setiap malam sebelum tidur atau pakai sebelum memulakan make up. Tujuan memakai lip mask untuk bibir sentiasa terhidrasi, halus dan lembut.
Lip Primer
Oles lip primer pada bibir supaya lipstick lebih kemas dan hilangkan garis halus. Warna lipstick menjadi rata dan tidak comot.
Concealer
Untuk menyerlahkan warna lipstick, lapis nipis bibir anda dengan concealer. Biasanya pakai concealer untuk memakai lipstick matte. Warna lebih terang dan cantik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!