CARA PENJAGAAN JAM TANGAN YANG BETUL
Jam tangan adalah aksesori yang perlu ada bagi setiap orang. Selain daripada untuk melihat waktu, ia juga seperti perhiasan tangan yang melambangkan seseorang itu mementingkan masa dan nampak profesional.
Kepada pengumpul jam tangan, anda kena tahu cara untuk menjaga kualiti jam kesayangan anda.
Tempat Simpan
Perkara wajib yang anda perlu tahu adalah tempat simpan jam. Tempat simpan jam tangan adalah tempat yang kering dan paling baik tempat khas untuk simpan jam tangan sahaja.
Jam tangan cepat rosak disebabkan tempat simpanan yang panas dan terlalu sejuk. Faktor ini akan menyebabkan kondisi jam akan terganggu.
Cuci Jam
Jadikan mencuci jam sebagai rutin. Anda boleh bersihkan jam tangan menggunakan tisu lembap.
Bersihkan celah-celah tali jam dan belakang jam.
Guna Pembersih Jam Tangan
Zaman sekarang sangat memudahkan anda. Pembersih jam tangan sudah banyak dijual.
Anda boleh gunakan pembersih jam tangan khas yang mempunyai cecair yang terbaik untuk jam. Pembersih jam tangan yang baik mempunyai bahan tahan karat, platinum, emas, titanium dan keramik.
Jangan Terkena Produk Kecantikan
Perkara yang patut elakkan adalah jam tangan terkena produk kecantikan. Produk yang perlu dijauh dari jam tangan seperti losyen, pelembap badan, minyak wangi atau spray rambut.
Untuk tips tambahan adalah jam tangan jenis perak tidak elok dipakai semasa berenang atau sauna.