CARA LELAKI SAMPAIKAN SAYANG TANPA UCAPAN
CARA LELAKI SAMPAIKAN SAYANG TANPA UCAPAN
8 Cara Lelaki Sampaikan Sayang Tanpa Perlu Ucap
Sayang tidak semestinya perlu diucapkan setiap masa, cukup sekadar memberi isyarat atau signal. Selalunya lelaki agak keberatan atau sukar untuk ucapkan sayang. Kadang-kadang sampai lupa bila kali terakhir mereka katakan sayang kepada anda.
Tetapi tanpa ucapan perkataan sayang pun anda tahu nilai sayang itu. Dengan tingkah laku, si dia menunjukkan dia sangat sayang pada anda.
Menegur
Jangan marah kalau si dia menegur tingkah laku atau cara kehidupan anda. Pasangan anda inginkan yang terbaik dalam hubungan. Jika si dia sering menasihati dan menyentuh soal-soal sensitif, anda perlu terima. Anda juga tidak salah untuk menegurnya. Sama-sama jadi terbaik untuk masa akan datang.
Suka Kacau
Siapa rasa teman lelaki atau suami anda menjengkelkan atau annoying? Sebenarnya lagi seronok dapat pasangan yang berperangai menyakitkan hati kerana itu tandanya mereka sayang. Gurauan dan cara percakapan mereka tidak selembut perempuan tetapi pada masa yang sama mereka ingin bermanja.
Suka Lihat Senyuman
Tidak perlu bersolek terlalu tebal, lelaki kalau sudah sayang senyuman anda pun boleh buat hatinya cair. Lelaki akan buat apa saja untuk gembirakan hati anda seperti belikan hadiah, bawa jalan-jalan atau gurauan mereka yang menjengkelkan itu.
Suka Puji
Lelaki susah memuji tapi untuk orang yang mereka sayang, mereka suka puji walaupun perkara kecil. Mereka tidak lekang dengan kata-kata semangat dan memberikan anda aura positif. Tetapi ingat, jangan termakan pujian dari sweet talker.
Selalu Berhubung
Kebanyakkan lelaki paling malas layan perkara yang remeh dan tidak penting. Tapi kalau mereka balas Whatsapp dengan cepat, selalu telefon walaupun tiada perkara penting bermakna si dia mula sayang dan suka pada anda. Orang kata clingy.
Tidak Memaksa
Si dia tidak akan mengawal pergerakan anda. Anda juga janganlah ganggu masa si dia bersama kawan-kawan. Bagi ruang dan masa sendirian. Yang penting jaga batas dan jangan salah guna.
Perhatian
Bukan lelaki sahaja yang memberi perhatian kepada perempuan. Mereka juga ingin rasa dimanjakan. Jangan abaikan si dia jika merajuk. Sekali-sekala anda juga perlu gunakan skill memujuk.
Masa Depan
Berbincang atau bercerita mengenai masa depan. Walaupun jodoh di tangan Tuhan tapi tidak salah merancang lebih awal. Kalau si dia mula bercerita mengenai perancangan yang akan datang, anda perlu faham bahawa dia juga serious dalam hubungan yang anda sedang jalinkan.