Baru 6 bulan di Malaysia, 6 warga asing diberkas positif dadah
Baru 6 bulan di Malaysia, 6 warga asing diberkas positif dadah
BENTONG : Seramai enam orang warga asing berusia antara 18 hingga 38 tahun diberkas polis dalam satu serbuan ke atas sebuah pondok dalam kebun durian dekat sini pada jam 9.00 malam,semalam.
Enam orang lelaki warga asing itu merupakan pekerja dan tinggal di pondok tersebut yang terletak dalam kebun itu sejak sampai ke Malaysia 6 bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam serbuan itu,dadah jenis syabu seberat 0.45 gram ditemui dan ujian saringan air kencing dan mendapati semua suspek mendapti positif dadah jenis methamphetamine.
“Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 28 Februari 2023 sehingga 3 Mac 2023 untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.
Katanya, Polis Daerah Bentong, memberi amaran keras bahawa tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran IPD Bentong.
“Pihak polis merakamkan ribuan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk di daerah Bentong yang menyalurkan maklumat serta peka terhadap perlakuan jenayah mahupun dadah di sekeliling mereka.
“Orang ramai digesa agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis khususnya berkaitan aktiviti dadah mahupun jenayah,” katanya.-SAHIH.