“BANTU KAMI UNTUK PASTIKAN ANDA SELAMAT COVID-19”- RAYU JKNP
“BANTU KAMI UNTUK PASTIKAN ANDA SELAMAT COVID-19”- RAYU JKNP
KUANTAN, 5 OGOS : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) terus menasihati rakyat di negeri Pahang agar tidak menangguhkan rawatan sekiranya bergejala.
Kenyataan di facebook itu berkata, tindakan itu penting untuk mengelakkan wujud Kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Menurutnya, rakyat juga diminta sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19.
” Terus amalkan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna ceiar pembasmi kuman.
“Pakai alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan.
“Disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat segeralah dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
“Bantu kami untuk pastikan anda selamat daripada COVID-19” katanya kenyataan itu.
Katanya, hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.