BANTU ELAK DENGGI , PENGAKAP PAHANG JUAL PAKAIAN BUNDLE ONLINE

KUANTAN, 2 JULAI – Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang memperoleh kutipan dana terkumpul lebih rm250,000 menerusi jualan amal pakaian terpakai secara atas talian dan kutipan tersebut kemudian dipulangkan semula kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Pengerusinya, Muhammad Asmawi Sulaiman berkata, ia merupakan idea Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang bersama Majlis Bandaraya Kuantan bagi mengurangkan kes demam denggi di daerah Kuantan, tahun lalu.
Beliau berkata, hasil selidik mendapati, pakaian terpakai yang tidak diurus dengan baik antara punca peningkatan kes demam denggi di daerah Kuantan.
Justeru katanya, Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang membuka peluang kepada orang ramai menyumbang pakaian terpakai mereka dan dijual menerusi jualan amal secara atas talian.
” Hasil yang kami peroleh dikembalikan semula dalam bentuk keperluan asas dan makanan kepada masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir dan pandemik Covid-19.
“Setiap kali jualan, kami telah mengagihkan kepada mereka yang memerlukan antaranya yang terkesan dalam tempoh PKP, mereka yang terjejas kerana bencana banjir dan bantuan kepada gelandangan dan anak yatim pada bulan Ramadan lalu.
“Antara bantuan adalah seperti beras, minyak, gula, lampin pakai buang, susu bayi dan tilam,” katanya.
Selain itu katanya, Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang turut membuka peluang pekerjaan kepada gelandangan bagi kerja-kerja pengasingan pakaian terpakai mengikut saiz.
“Kami turut mengupah seorang gelandangan yang membantu kami mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan orang ramai mengikut saiz dan jantina.
“Kami memberi upah kepadanya antara RM500 ke RM 700 sebulan,” katanya.
Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang berpusat di Kuantan dan telah membuka cawangan pertamanya di Kuala Terengganu serta bakal membuka cawangan keduanya di Bandar Pusat Jengka, Pahang dalam masa terdekat ini.
#

HASIL JUALAN PULANG KEPADA MASYARAKAT