Sejak McDonald’s keluarkan BTS Meal, ramai peminat K-POP beratur untuk mendapatkan set menu yang menjadi pilihan boyband yang digilai ramai itu.
Sehingga bungkusan makanan yang dikatakan edisi terhad peminat-peminat BTS simpan untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Set BTS Meal adalah McNuggets Ayam 10 keping, kentang goreng saiz sederhana dan air berkarbonat. Istimewa menu ini adalah sos yang diilham dari McDonald’s Korea Selatan iaitu cili manis dan sos perisa Cajun.
Bekas bungkusan makanan BTS Meal menjadi rebutan sehinggakan ada individu yang menjual semula dengan harga yang tinggi berbanding harga asal set yang dijual.
Lain pula dengan personaliti media sosial, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal atau akaun Instagramnya @faizdickievp yang menghasilkan lukisan dengan menggunakan bungkusan makanan menu popular itu.
Faiz Dickie telah berkongsi hasil lukisannya di akaun Instagram pada 1 Jun lalu dan mendapat tontonan sebanyak 130 ribu.
Tajuk lukisan tersebut Army of The Galaxy mendapat sambutan yang tidak dijangka terutama daripada peminat setia BTS.
Perancangan awal Faiz akan menjual lukisan tersebut kepada Army BTS dengan harga serendah RM50 hingga mencapai harga bersesuaian dan bercadang untuk menyalurkan hasil jualan kepada mereka yang memerlukan.
Walau bagaimanapun, Faiz bertukar fikiran tidak menjual hasil seni BTS malah memberikan lukisan tersebut secara percuma kepada salah seorang pengikutnya di Instagram.
Idea ini tercetus apabila memandangkan pada musim pandemik setiap orang memerlukan wang ringgit dan tidak boleh menggunakan ke arah perkara yang tidak penting.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sakit contraction atau sakit sebelum bersalin akan berlaku kepada setiap wanita. Tapi tahap kesakitan bergantung pada individu itu sendiri.
Kepada ibu-ibu bakal bersalin, jangan takut pula dengan sakit contraction ni. Sakit ini memang normal, bersyukurlah kalau tak ada sakit sebelum bersalin.
Di sini, ada tiga tanda awal sakit contraction yang bakal ibu wajib tahu.
Tanda Awal
Jangan panik jika berlaku keluar darah pekat atau cecair likat dari lubang faraj. Kejadian ini berlaku kerana dinding rahim semakin nipis dan pangkal rahim bersedia untuk proses kelahiran.
Tidak perlu ke hospital jika anda tidak mengalami contraction yang kerap.
Ada sesetengah wanita, tanda awal ini tidak semestinya terus bersalin, ada yang selepas seminggu baru dapat timbang cahaya mata.
Tapi sekiranya tanda awal ini meyusul dengan sakit contraction, anda perlu cepat ke hospital.
Sakit Contraction
Pastikan anda sudah bersedia dengan beg dan barang yang diperlukan. Bila berlakunya sakit contraction, seeloknya tanda pada buku atau aplikasi khas untuk ibu mengandung. Tanda sekerap mana contraction berlaku.
Apabila sakit semakin kerap, anda perlu terus ke hospital dan bersedia untuk bersalin.
Air Ketuban
Ini adalah tanda paling jelas. Air ketuban pecah seperti air kencing tapi bukan air kencing ya! Anda perlu bersalin. Berdoalah dan minta suami teman.
Lain pula hal yang berlaku pada seorang ibu mengandung yang viral di Tiktok.
Semasa menahan sakit contraction wanita ini sempat merakam video di aplikasi itu.
Dimuatnaik oleh @borupane1, kelihatan wanita tersebut menahan sakit beberapa kali.
Video mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan mendoakan agar proses bersalin berjalan lancar.
Semoga ibu dan anaknya baik-baik saja.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Orang ramai diingatkan jangan terpengaruh dengan berita angin yang tidak sahih berkaitan dengan keburukan vaksin, pengambilan vaksin serba-sedikit membantu memberi pelindungan diri daripada diserang wabak Covid-19.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said telah menerima suntikan dua dos lengkap Vaksin di Dewan Sri Seroja Putrajaya, hari ini.
Katanya, penggunaan Vaksin AZ dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mempunyai kebaikan berbanding kemudaratan serta bertindak sebagai perisai diri penerima suntikan itu.
“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah wabak Covid-19 dari terus menular.
“Jangan percaya berita palsu atau penerangan daripada individu yang tidak pakar, dengar saranan pakar kesihatan. Marilah kita bersepakat memastikan ahli keluarga dan orang yang tersayang mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan,” katanya.
Katanya, oleh kerana kes yang semakin meningkat, orang ramai diharap sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memutuskan penularan wabak ini dan jangan keluar rumah tanpa tujuan dan sebab yang perlu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Cakap je style tudung jenis apa, kebanyakkan wanita mahir menggayakannya. Fesyen tudung bukan lagi fesyen yang di ketepikan malah pemakaian tudung sudah sampai ke fesyen antarabangsa.
Tahu tak, style pemakaian tudung pun boleh tahu personaliti seseorang. Apa style tudung kegemaran korang? Jom tengok!
Tudung Bawal
Tudung bawal adalah tudung legend! Siapa je tak suka tudung bawal? Macam-macam jenis tudung bawal dah ada sekarang. Pelbagai material, pelbagai corak dan warna. Gadis tudung bawal selalunya seorang yang klasik. Suka menampakkan dirinya kemas dan profesional. Apa-apa pun bawal for life!
Tudung Sarung Atau Tudung Instant
Ini adalah tudung paling mudah dipakai. Lagi-lagi waktu emergency, abang posmen datang ke, jiran nak bagi lauk ke, nak angkat baju masa hujan turun ke. Tapi tudung sarung bukan sahaja pakai di rumah tapi boleh juga pergi berjalan. Macam-macam tudung sarung dah ada.
Kepada yang suka pakai tudung sarung atau tudung instant ni, mereka jenis yang sangat simple dan lebih kepada mencari keselesaan. Yela, tak perlu pakai jarum atau lilit pun. Sarung terus jadi cantik.
Shawl
Shawl memang menjadi pilihan ramai terutama kepada gadis-gadis. Melilit tudung pun kena ada skill tau. Bukan boleh main lilit suka hati, nanti tak jadi pula. Untuk yang suka pakai shawl, mereka adalah seorang yang mempunyai sifat romantik dan feminin. Perasan tak gadis yang pakai shawl selalu nampak sweet je!
Turban
Satu ketika dulu, turban menjadi fesyen yang luar biasa. Hanya artis, selebriti atau golongan influencer je berani pakai. Tapi sekarang, sesiapa sahaja boleh menggayakan style turban ni. Lagi-lagi waktu raya. Ramai betul yang pakar buat turban. Gaya ini menunjukkan individu tersebut kreatif, bijak bergaya dan berani.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kalau pasangan bergaduh, yang paling banyak bercakap mesti perempuan. Oh, mungkin ada lelaki yang suka bercakap juga tapi golongan seperti ini teramatlah sikit. Tak kiralah pasangan bercinta atau yang sudah berkahwin, kalau gaduh lelaki mesti banyak diam.
Sebenarnya kenapa lelaki berdiam diri kalau bergaduh dengan pasangan? Malas layan? Lagi suka mendengar dari bercakap? Atau bagi peluang perempuan lepaskan marah? Haa, jom tengok kenapa lelaki suka berdiam diri ketika bergaduh dengan pasangan.
Tak Tahu Punca
Betul ke perempuan selalu betul? Tak pernah salah? Tahu tak salah satu sebab kenapa lelaki mendiamkan diri masa bergaduh adalah mereka tak tahu apa punca sebenar. Kadang-kadang gaduh pasal benda lain, tapi cerita pasal benda lain. Untuk tidak menambah kemarahan pasangan, mereka diam untuk cuba memahami.
Buat Bertambah Marah
Bayangkan si isteri tengah marah, si suami pun sama naik marah. Tak ke haru biru rumah tu nanti. Sebab itulah para suami akan mendiamkan diri masa isteri marah. Tak nak keruhkan lagi keadaan, nanti kalau dah buka mulut takut isteri menangis pula. Lebih baik diam jela, kan?
Pendam Rasa Hati
Lelaki akan pendam dulu perasaan diorang. Diorang takkan marah atau tinggikan suara sehingga sampai satu tahap. Jangan buat sampai tahap lelaki marah, nanti menyesal!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Isu antara Israel dan Palestin mendapat perhatian seluruh dunia termasuk Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan kejadian di negara Islam tersebut.
Kejadian anggota tentera Israel menceroboh dan menindas penduduk kota al-Quds yang sedang menunaikan solat di Masjidil Aqsa menjadi kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Penduduk di perkampungan Syeikh Jarrah di Palestin juga diusir keluar oleh Zionis.
Sumbangan yang disalurkan akan membantu meringankan beban saudara Islam yang kini sedang derita dalam peperangan.
Kepada rakyat Malaysia yang ingin membantu dari segi kewangan dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin, boleh menyalurkan sumbangan anda kepada NGO yang diyakini.
Pindahan atau deposit wang tunai ke akaun bank Global Peace Mission: Bank Islam: 14-023-01-002-922-4 Maybank Islamic: 5642-2161-1602 Affin islamic: 1051-9000-2871 CIMB islamik: 8603-5325-13
Humanitarian Care Malaysia Berhad CIMB Islamic: 8602-13-5592
7) Aman Palestin Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 CIMB: 8600460353
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
‘Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
‘Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan’.
Siti juga menerangkan Afwa melengkapkan Afiyah yang terdapat dalam doa beliau dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Perkahwinan Siti bersama suami sejak 2006, dilengkapi dengan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun dan kelahiran putera yang baru dilahirkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TENGKU PUTERI DAULATH RAJA TENGKU FATIMATUZ ZAHRA’ KELIHATAN MUDAH MESRA
Selamat menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-19 kepada puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 19 April yang lalu.
Gambar puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah telah dimuatnaik melalui akaun Instagram terengganu_royalfamily pada tarikh ulang tahun beliau.
Pasangan Diraja Terengganu ini juga mempunyai empat oranag anakanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21, dan terakhir Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’, 19.
Tinjauan ruang komen netizen tidak lepaskan peluang untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada Tengku Fatimatuz Zahra’.
Ramai yang bersetuju Tengku Fatimatuz Zahra’ memiliki wajah kemelayuan ayu dan lemah-lembut.
Tambah pula dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir Tengku Fatimatuz Zahra’ menggambarkan peribadi seorang puteri yang baik hati dan sopan-santun.
Mungkin belum terlambat kami ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-19 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JUS OREN ELAK BADAN TIDAK SIHAT DAN BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Sebenarnya ramai yang mengamalkan makan Vitamin C dan E untuk kekal sihat dan cergas. Untuk tujuan kecantikan pun ada.
Untuk kita, mungkin tidak biasaminum jus oren di waktu pagi. Kalau pergi hotel, waktu sarapan mesti menyediakan jus oren tapi sesetengah orang tidak boleh terima mungkin takut sakit perut dan sebagainya. Tahu tak minum jus oren waktu pagi memberikan banyak kebaikan pada badan. Nak tahu apa? Jom!
Kulit Lebih Cantik
Vitamin C memang membantu kulit lebih sihat. Bukan setakat kulit muka sahaja, malah kulit pada badan juga. Amalkan minum jus oren setiap pagi untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan bersih. Tambahan pula, jus oren merangsang kolagen dan lindungi kulit dari sinaran UV matahari.
Sistem Imun Badan
Amalkan minum jus oren waktu pagi membantu tingkatkan sistem imun badan. Sistem badan berfungsi dengan lancar. Selain itu, boleh mencantikkan kulit, elak demam an selesema. Paling penting, kurang serangan kanser.
Tekanan Darah
Sangat bagus kepada individu yang mempunyai masalah darah tinggi. DIkatakan jika minum jus oren segar 500ml setiap pagi, boleh mengurangkan tekanan darah tinggi kerana jus oren mempunyai hesperidin yang mengawal tekanan darah. Boleh amalkan.
Turunkan Kadar Kolesterol
Ini satu lagi tips yang baik. Jus oren boleh menurunkan kadar kolesterol atau HDL dalam bada. HDL adalah kolesterol baik yang berfungsi membawa kolesterol keluar melalui air kencing. Selain itu, jus oren mengandungi Vitamin C yang tinggi, asid folik dan pigmen yang membantu turunkan LDL iaitu kolesterol yang tidak berguna.
Anti Radang
Antioksida bertindak menghalang radikal bebas seperti pencemaran udara, bahan kimia dan debu. Jus oren juga mengurangkan risiko penyakit strok, dan serangan jantung.
Asid Folik
Ini khas untuk ibu mengandung atau kepada wanita yang merancang untuk mengandung. Minum jus oren setiap hari sebagai vitamin tambahan kepada ibu dan bayi. Vitamin yang dihasilkan boleh mencegah kecacatan otak bayi. Asid folik bagus diamalkan sebelum mengandung atau kandungan seawal 3 bulan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TRIVIA KISAH PERCINTAAN QUEEN ELIZABETH BERSAMA PRINCE PHILIP
Pengumuman mengenai kematian Prince Philip mengejutkan ramai orang, hampir seluruh dunia mengetahui berita ini.
Prince Philip dan Queen Elizabeth melayari kisah percintaan hampir 74 tahun. Prince Philip meninggal pada usia 99 tahun di Windstor Castle.
Jom tengok trivia mengenai percintaan mereka!
Keluarga Yang Besar
Mempunyai keluarga besar yang bahagia. Pasangan Diraja ini mempunyai 4 orang anak, 8 cucu dan 10 cicit.
Pertemuan Pertama
Pada tahun 1934, Princess Elizabeth berusia lapan tahun dan Prince Philip berusia 13 tahun berjumpa pertama kali di majlis perkahwinan Princess Marina dan Prince George.
Pertemuan Kedua
Pada 1939, pertemuan mereka ketika Princess Elizabeth berusia 13 tahun dan Prince Philip berusia 18 tahun. Ketika ini Princess Elizabeth membuat lawatan ke Toyal Naval College bersama keluarganya. Prince Philip adalah seorang kadet dalam latihan. Kemudian, selepas lawatan, mereka mula bertukar surat untuk berhubung.
Prince Philip Minta Restu
Bertahun sudah bercinta dan membalas surat, pada 1946 Prince Philip berusia 20 tahun meminta restu daripada King George VI, ayah kepada Princess Elizabeth untuk berkahwin dengan anak perempuannya.
Seterusnya, Prince Philip membuatkan cincin emas khas untuk kekasih hati dan menambah berlian daripada tiara ibunya. Pembuat cincin tersebut adalah Philip Antrobus. Tidak lama selepas itu, pasangan ini bertunang selepas menyambut hari kelahiran Princess Elizabeth.
Berkahwin
Pasangan ini berkahwin pada 1947 ketika Prince Philip berusia 26 tahun dan Princess Elizabeth berusia 21 tahun. Majlis perkahwinan berlangsung pada Westminster Abbey.
Majlis perkahwinan tersebut dihadiri oleh 150 tetamu dan disajikan makanan tengah hari di Istana Buckingham. King George VI hanya menganjurkan majlis yang sederhana kerana negara Britain baru pulih dari Perang Dunia II.
Melahirkan Anak
Selepas setahun usia perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Prince Charles Philip Arthur George.
Dua tahun kemudian, mereka menyambut kelahiran kedua dengan seorang puteri, Princess Anne Elizabeth Alice Louise. Ketika ini keluarga Diraja ini menetap di Malta.
Princess Elizabeth Ditabalkan Sebagai Pemerintah Negara
Pada usia 25 tahun, Princess Elizabeth mewarisi tahkta ayahnya. King George VI mangkat pada tahun 1953, seterusnya Princess Elizabeth ditabalkan sebagai Queen Elizabeth II.
Queen Elizabeth II Menyambut Kelahiran Ketiga Dan Keempat
Pada tahun 1960 hingga 1964, Queen Elizabeth II sekali lagi melahirkan anak ketiga iaitu Prince Andrew Albert Christian Edward.
Selang 4 tahun seterusnya, pasangan melahirkan anak keempat, Prince Edward Antony Richard Louis.
Usia Perkahwinan Ke-25
1972, usia perkahwinan pasangan ini sudah 25 tahun. Queen Elizabeth II membuat kenyataan mengapakah beliau memilih Prince Philip sebagai peneman hidup.
“Sekiranya saya ditanya apa pendapat mengenai kehidupan berkeluarga selepas 25 tahun berkahwin, saya dapat menjawab kesederhanaan dan keyakinan yang membuatkan saya melakukannya.”
Usia Perkahwinan Ke-50
Pada 1997, Prince Philip berkongsi apakah perkara yang membuatkan perkahwinan mereka bahagia selama 50 tahun.
“Saya rasa pelajaran utama yang kita pelajari adalah toleransi merupakan satu-satunya unsur penting dalam perkahwinan yang bahagia. Anda boleh lihat pada saya, Queen Elizabeth mempunyai kualiti toleransi yang banyak.”
Prince Philip Bersara Dan Usia Perkahwinan Ke-70
2017, Prince Philip bersara. Sumber dari The New York Times, Prince Philip mengundurkan diri daripada tugas Diraja dan pada yang sama pasangan Diraja ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 tahun.
Usia Perkahwinan Ke-73
Pada tahun 2020, usia perkahwinan mereka yang ke-73. Ketika ini, mereka disambut dengan pelbagai jenis kad ucapan daripada cucu-cicit.
Berita Kematian Prince Philip
9 April 2021, berita kematian Prince Philip diumumkan.
“Dengan dukacitanya, Yang Mulia Queen Elizabeth II yelah mengumumkan kematian suami tercinta, Yang Mulia Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pagi ini di Istana Windsor”,
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!