Alat SSR kesan kelajuan pemanduan
Alat SSR kesan kelajuan pemanduan
LIPIS – Speed Sign Radar (SSR) satu alat teknologi tempatan boleh mengukur dan memberi amaran kepada pemandu untuk mematuhi had kelajuan kenderaan masing-masing ketika melalui laluan yang dipasang alat tersebut.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama syarikat teknologi tempatan, Vectolabs Sdn. Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telahpun memasang tiga unit Speed Sign Radar (SSR) di laluan Jalan Benta ke Lipis, semalam.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, SSR satu sistem berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) dan Radar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna jalan raya.
“Menerusi paparan had laju kenderaan masing-masing di dashboard dan boleh juga diakses melalui applikasi tertentu dan laman web.
“Data yang diperoleh daripada SSR secara atas talian dan ‘real-time’ seperti bilangan, jenis dan kelajuan kenderaan akan direkodkan melalui gelombang oleh Radar terus dihantar ke pengstoran awam (cloud) melalui internet,” katanya di Jalan Benta- Lipis berdekatan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta dekat sini.
Katanya, data tersebut dianalisis boleh dijadikan sebagai maklumat bancian pengguna kenderaan di jalan raya sebagai panduan untuk perancangan pembangunan dan penyelenggaraan jalan raya seluruh negara khususnya pemanduan di jalan raya khususnya kelajuan kenderaan dan aspek keselamatan lain.
“Data yang lengkap itu digunapakai oleh pihak berkuasa seperti Polis di Raja Malaysia dan JPJ bertujuan ketidakpatuhan had laju oleh pengguna jalan raya, setakat ini sebanyak enam unit SSR telah dipasang di laluan Sungai Buluh, Kelang, Pulau Pinang dan tiga unit di Lipis.
“Keutamaan JKR memasang SSR selain untuk memperoleh data tertentu, tetapi secara langsung dapat mendidik para pengguna jalan raya mengenai keselamatan ketika pemanduan,” katanya.-SAHIH.