KHAS BUAT PENCINTA ALAM
TAMAN NEGARA KUALA TAHAN BERUSIA 130 JUTA TAHUN DAN BERKELUASAN 4,343 KILOMETER
Ramai yang sedia maklum Taman Negara Kuala Tahan sememangnya menjadi tarikan pelancong antarabangsa dan dalam negara berkeluasan 4,343 kilometer persegi.
Keistimewaan Taman Negara ini mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang menjadikan ekosistem di hutan simpan terkaya di dunia, berusia 130 juta tahun.
Untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, ada beberapa laluan utama seperti Kuala Tahan, Sungai Relau Merapoh, Kuala Koh Kelantan serta Tanjung Mentong Terengganu.
Pengunjung boleh datang menaiki kereta dengan laluan jalan raya berturap yang mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam dari Kuala Lumpur. Jika ingin merasakan pengalaman menaiki bot, pengunjung perlu ke Jeti Kuala Tembeling dan memakan masa tiga jam setengah untuk sampai ke Kuala Tahan.
Sejak COVID-19 melanda dunia, pelancong dari luar negara tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, tetapi pelancong dalam negara mengambil kesempatan untuk merasai pengalaman hidup dalam hutan terutama negeri yang tidak dilabel zon merah.
Untuk individu berjiwa naturalis, pengalaman dua hari satu malam memang tidak dapat memenuhi kepuasan, ini hanyalah perjalanan yang tidak dijangka tapi padat dengan aktiviti yang sangat menarik.
Penulis ke Taman Negara menggunakan pakej dari Danz Travel & Adventure. Perjalanan ke Danz Eco Resort mengambil masa kira-kira 15 minit dari tempat parkir kereta, di Kuala Tahan dan perlu menaiki 4WD yang disediakan oleh pihak Danz Eco Resort.
Tempat Penginapan Selesa
Disebabkan pergi dalam keadaan tidak dirancang, penulis memilih menginap di capsule yang memuatkan maksimum dua orang. Dalam ruang Capsule ini dilengkapi katil, penghawa dingin dan meja kecil. Tandas di luar kamar penginapan ya, tapi jangan risau jarak tandas dari bilik tak jauh pun. Tandas pun selesa dan bersih.

Selain bilik jenis Capsule, terdapat beberapa pilihan lain seperti Camping, Glamping, Family Capsule dan Azalea. Pilih jenis bilik penginapan yang anda mahukan.


Aktiviti Hari Pertama Bermula
Sampai saja di Danz Eco Resort, penulis mulakan dengan makan tengah hari yang sedap. Lauk-pauk yang disediakan semuanya masakan tempatan orang Pahang seperti yang paling popular, gulai tempoyak ikan patin.
Melawat Perkampungan Orang Asli
Selepas makan tengah hari, penulis bersiap-siap untuk aktiviti pertama iaitu melawat kampung Orang Asli Batek. Orang Asli di kampung ini dikatakan memang original.
Menurut kata pemandu pelancong , orang asli ini hidup nomad walaupun kerajaan menyediakan rumah, namun, mereka lebih selesa hidup secara berkumpulan dan berpindah-randah di dalam hutan.
Mereka sangat pemalu dan tak banyak cakap. Banyak aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di sini seperti menyumpit, melihat rumah mereka, dan mengetahui cara hidup seharian mereka.
Mereka juga membuat kraftangan untuk pengunjung seperti cincin, gelang, sumpit kecil dan sebagainya. Sekali-sekala datang, bantulah beli hasil seni mereka.
Rapid shooting!
Sebenarnya inilah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengunjung. Pengunjung dibawa menaiki bot menyusuri sungai dan melalui beberapa jeram. Selain itu, semasa rapid shooting ini dinasihatkan pengunjung memakai pakaian dan bersedia untuk basah kerana perlumbaan antara bot dan melawan arus akan membasahkan seluruh bot. Pemandu bot juga akan ‘cucuk-cucuk’ bot lain. Handphone dan gajet yang tak boleh kena air, simpan elok-elok tau!

Campfire Dan Stargazing
Selepas makan malam dan BBQ, pihak Danz Eco Resort akan membawa pengunjung ke tepi sungai dan berehat menikmati suasana malam sambil bermain gitar, menikmati udara segar dalam hutan dengan unggun api. Tetapi malangnya masa penulis pergi, waktu malam hutan. Jadi, penulis hanya menikmati coffee di kafe secara percuma!

Aktiviti Hari Kedua Masuk Hutan
Selepas mengisi perut dengan bersarapan pagi di tepi sungai, penulis bersedia dari segi mental dan fizikal untuk masuk hutan dan menempuhi cabaran hari ini!
Jungle Tracking Dan Canopy Walk
Bermula dengan jungle tracking ke Bukit Terisek. Trek perjalanan yang disediakan tidak susah untuk pengunjung ke puncak Bukit Terisek setinggi 334 meter yang mengambil masa 40 hingga 50 minit bergantung kepada tahap kecergasan pengunjung.

Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong akan memberi pelbagai ilmu mengenai kehidupan dalam hutan. Jenis daun, daun berubat, daun wangi dan sebagainya. Pengunjung akan melalui bawah pokok kanopi yang tinggi dalam hutan.
Check point pertama di Bukit Terisek.
Anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan hijau yang tidak diusik. Sangat cantik dan menyegarkan. Dalam jarak 10 hingga 20 minit ke hadapan lagi, anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Tahan yang berketinggian 2187 meter, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Tiba masanya penulis ke jambatan gantung canopy walk iaitu satu ikon Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Jambatan gantung atas pokok sepanjang 530 meter dan berketinggian 40 meter sehingga mendapat gelaran jambatan gantung terpanjang di dunia.
Selain itu, terdapat aktiviti tambahan sekiranya diperlukan oleh pengunjung seperti berkayak, water tubing, Air Terjun Teras, Lata Layang-Layang dan Panchor Harimau, menaiki bot ke Santuari Kelah dan Night River Safari