6 ERTI KELUARGA BAHAGIA, YANG KETIGA TU PALING BETUL!
Memiliki keluarga yang bahagia adalah nikmat yang tidak dapat diperkatakan. Tidak semua orang merasai kesempatan dan rezeki seperti ini.
Keluarga adalah harta yang paling berharga dan tidak ternilai tapi masih ramai yang terlupa nikmat dan fungsi keluarga. Ramai yang abaikan keluarga dan tidak hargai setiap detik bersama keluarga. Apakah erti bahagia dalam sebuah keluarga? Apa yang sering dilupakan?
Pulang Ke Pangkuan Keluarga
Walaupun rumah tidak besar, makanan di atas meja tidak mewah tapi apabila pulang dari tempat kerja atau tempat belajar dan bertemu keluarga adalah nikmat yang tidak terhingga. Berjauhan dari keluarga merupakan salah satu dugaan kehidupan tetapi bila pulang bersama keluarga adalah saat paling manis. Sebab tu ramai yang selalu homesick bila dekat kolej!
Keluarga Beri Ketenangan
Sesedih mana sekali pun, bila down dengan keputusan hidup, keluarga adalah satu-satunya tempat untuk melapangkan dada. Mereka adalah motivasi yang hebat. Pentingnya sebuah keluarga adalah memberi semangat selepas korang serabut dengan dugaan hidup.
Keluarga Mengambil Berat
Dalam menempuh kehidupan yang banyak cabaran, keluarga adalah salah satu sumber inspirasi. Apa jua keputusan yang diambil, keluarga mesti menjadi yang pertama untuk menanyakan pendapat. Tidak kira apa jua perkara, nak sambung belajar di mana, jenis pekerjaan yang bakal dipilih mahupun keputusan untuk kahwin. Semuakan akan dibincang bersama keluarga.
Keluarga Membentuk Peribadi
Dari lahir hingga dewasa hidup kita sentiasa bersama keluarga. Secara automatik peribadi dan identiti terbentuk dengan cara penjagaan ibu bapa.
Keluarga Yang Disayangi
Walaupun selalu bergaduh dengan adik-beradik, berbeza pendapat dengan ibu ayah tapi mereka tetap disayangi. Keluarga selalu jadi nombor satu dalam fikiran.
Keluarga Terima Seadanya
Macam mana pun rupa paras, baik buruk dan perangai kita, keluarga tetap terima dengan hati terbuka. Mereka sahaja yang tahu macam mana nak handle, macam mana nak pujuk dan macam mana nak ambik hati. Sedangkan pasangan kita pun ada perkara yang dia tak boleh terima, kan?