4 PUNCA BAHAGIAN SENSITIF GATAL DAN TIDAK SELESA YANG WANITA PERLU TAHU
4 PUNCA BAHAGIAN SENSITIF GATAL DAN TIDAK SELESA YANG WANITA PERLU TAHU
Wanita perlu menjaga setiap inci kebersihan badan mereka terutama di bahagian faraj atau vagina atau Miss V.
Masalah tidak selesa pada bahagian sensitif selalu berlaku tidak kira peringkat umur jika tidak dijaga dengan rapi. Jangan abaikan kebersihan di bahagian tersebut.
Jika berlaku sebarang masalah segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tidak selesa dan gatal pada bahagian tersebut membuatkan hari anda akan terganggu. Sila baca antara penyebab gatal pada kawasan faraj.
Jangkitan Kulat
Kulat atau kuman yang berlebihan pada bahagian vagina. Perkara ini sering berlaku pada wanita yang sedang hamil, aktif hubungan seksual, mengambil antibiotik dan antibody lemah. Selain daripada gatal, vagina akan mengeluarkan cecair putih atau lendir dengan kuantiti yang banyak.
Vaginosis Bakteria
Vaginosis bakteria adalah bakteria jahat yang berlebihan di kawasan vagina. Simptom biasa berlakunya masalah ini adalah cecair putih atau kelabu pada vagina meningkat, berbau, pedih ketika buang air kecil dan gatal.
Bahan Kimia
Tidak selesa dan rasa gatal di bahagian faraj disebabkan bahan kimia yang digunakan seperti kondom, sabun, tisu, pad, krim pencerah atau sebagainya. Masih ramai wanita menggunakan cecair pembersih feminin.
Untuk pengetahuan anda, kerap menggunakan pembersih feminin menyebabkan pH dalam vagina terganggu dan menjejaskan mikroflora semula jadi pada kawasan tersebut. Elak dan kurangkan memakai bahan kimia pada bahagian faraj.
Menopause
Ia biasa berlaku kepada wanita yang berusia 45 tahun ke atas. Pengurangkan estrogen akan menganggu reproduksi wanita yang menyebabkan dinding vagina semakin nipis dan kering.
Selain bahagian faraj tidak selesa, mereka akan menghadapi emosi tidak stabil.