PUTUS KAWAN MENYEDIHKAN. TIPS KUATKAN DIRI DARIPADA BERSEDIH
Putus Kawan Sangat Menyedihkan. Tips Kuatkan Diri Daripada Bersedih
Kawan rapat adalah kawan yang ada bersama tidak kira susah dan senang. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai seorang kawan yang memahami dan tempat untuk meluahkan perasaan. Saling tolong-menolong, memahami antara satu sama lain dan mempunyai kegemaran yang sama.
Sesetengah orang lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga kerana dengan kawan tidak perlu sembunyikan apa-apa dan boleh berkongsi masalah bersama. Tetapi mungkin hubungan persahabatan anda tidak selalu indah, ada masanya perselisihan faham dan terkasar bahasa membuatkan anda dan kawan rapat menjadi renggang.
Putus kawan adalah perkara yang paling menyedihkan, mungkin lebih sedih daripada putus cinta. Untuk elakkan daripada terus tidak berhubung, anda boleh lalukan perkara ini supaya hubungan anda dan kawan rapat anda kembali seperti biasa.
Bersosial
Jangan bersendirian dan melarikan diri. Pergi berkenalan dengan orang baru atau ceritakan masalah kepada keluarga. Kehilangan kawan yang paling rapat memang menyedihkan tetapi keluarga masih ada untuk memberi semangat dan sokongan. Besarkan ruang sosial anda untuk melupakan kenangan bersama kawan baik.
Berikan Masa
Jangan memburukkan lagi keadaan dengan bertindak mengikut emosi seperti muatnaik status di Whatsapp, cerita di Instagram atau di Twitter. Tindakan seperti itu membuatkan hubungan anda dan kawan anda semakin renggang dan mendatangkan lagi kemarahan. Semasa marah, jangan lakukan apa-apa sehingga anda bertenang dan boleh berfikir dengan waras. Begitu juga dengan kawan anda. Pastikan tidak menghubungi dia sehingga kedua-duanya boleh berbincang secara aman.
Banyakkan Aktiviti
Walaupun kawan baik anda tidak menghubungi anda, tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti sendirian. Untuk mengelakkan rasa sedih, sendirian dan sunyi, anda boleh lakukan aktiviti baru, mungkin juga anda perlukan suasana baru untuk menceriakan hidup dan lupakan masalah.