200 bekas bubur lambuk habis dalam 45 minit, kaum lain turut terima
Foto : Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) oleh Rayme Abdul Rahman mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai melalui jalan di Taman Sir Andalas.
200 bekas bubur lambuk habis dalam 45 minit, kaum lain turut terima
KLANG – Sebanyak 200 bekas bubur lambuk yang diagihkan pada hari pertama Ramadan habis dalam tempoh 45 minit di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, dekat sini, semalam.
Pengagihan itu diketua Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) oleh Rayme Abdul Rahman dan dan jawatan kuasanya.
Beliau yang juga Pengerusi Penduduk MBDK N49A yang melibatkan kawasan perumahan Taman Sri Andalas, Kampung Jawa dan sebahagian Kampung Teluk Menegun telah bermulakan agihan itu pada jam 5.00 petang sehingga 5.45 petang.

Jawatan kuasa Penduduk MBDK N49A turut membantu mengagig bubur lambuk, semalam.
“Ini sebagai satu sumbangan kecil jawatan kuasa kami tetapi menjadi kegembiraan bersama menyambut Ramadan,” katanya.
Seorang penduduk Taman Sri Andalas, Rosidah Nordin (61) memuji agihan itu diadakan sebagai memeriah dan menyemarakkan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
“Walaupun sebagai tanda kecil daripada jawatan kuasa kepada penduduk di sini tetapi ini salah satu keunikan yang ada di negara kita.
“Agihan itu turut diberikan kepada kaum lain yang melalui jalan ini, namun sebagai rakyat pelbagai kaum negara ini ia menjadi satu tanda kesamaan,” katanya. -SAHIH.