12 orang petugas Ujian Lisan SPM diangkut dengan bot seberang Sungai Kerak, Jerantut
Foto : Petugas diangkut menyeberangi Sungai Kerak semalam. -Ihsan APM Jerantut
12 orang petugas Ujian Lisan SPM diangkut dengan bot seberang Sungai Kerak, Jerantut
JERANTUT : Seramai 12 orang pengawas yang mengendalikan peperiksaan Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diangkut dengan bot gentian kaca Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyeberangi Jambatan Sungai Kerak yang diitenggelami air, semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Daerah Jerantut berkata, kesemua petugas pengawas peperiksaan diangkut untuk melancarkan perjalanan tugasan Ujian Lisan SPM 2024 yang bermula pagi ini.
“Pengawas tersebut ditugaskan di dua sekolah iaitu, Sekolah Menengah Agama (SMA) Al- Basriah, Kuala Tembeling seramai enam petugas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tembeling seramai lima petugas, pagi ini.
“Apabila semua petugas sampai ke Seberang jambatan menghala ke Kuala Tembeling, semua petugas diangkut pula dengan menggunakan kenderaan pacun mepat roda,” katanya.
Katanya, kesemua mereka turut angkut balik menggunakan bot yang sama pada jam 4.00 petang tadi selepas sesi ujian lisan hari ini selesai.
“Laluan Jerantut – Kuala Tembeling telah ditenggelami air sedalam 0.76 meter dan jarak sejauh 80 meter di Jambatan Sungai Kerak dan trend air masih menaik. Manakala di Jambatan Kuala Teh, Kampung Teh masih boleh dilalui,” katanya. SAHIH.