FELDA AMBIL ALIH SAHAM FGV
FELDA AMBIL ALIH SAHAM FGV
PENEROKA MULA TANDATANGAN BORANG SETUJU TERIMA MENJELANG FEBRUARI
JERANTUT: Peneroka FELDA seluruh negara telah mula menandatangani borang penerimaan tawaran penjualan saham FGV dalam usaha mendapatkan kawalan penuh terhadap FGV dan mengembalikan kegemilangan FELDA seperti yang pernah dikecapi sebelum ini.
Pengerusi Biro Sosial, FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, beliau menyokong penuh FELDA dalam pengambilan semula saham FGV demi kelangsungan peneroka.
Beliau mengambil contoh 800 unit saham FGV dibeli dengan harga RM4.55 dan bakal menerima RM3,640, manakala pihak FELDA memberi sponsor sebanyak 50 peratus berjumlah RM1,820.00.
“Peneroka hanya mengeluarkan modal sebanyak RM1,820 dan dividen diterima mulai 2012 sehingga 2020 berjumlah RM484 dan jumlah terima RM1,336
“FELDA akan membeli semula dengan harga RM1.30 seunit sebanyak 800 unit berjumlah RM1,040, oleh itu sebanyak RM296 baki perlu dibayar oleh peneroka,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Katanya, berbeza dengan peneroka yang setia membayar hutang saham RM50 sebulan selama 24 bulan (2 tahun) akan menerima lebihan bayaran sebanyak RM904.
“Urusan menandatangani borang penerimaaan akan tamat sehingga 2 Februari 2021,” katanya.