MAUT NAHAS KERETA BERTEMBUNG PIKAP
MAUT NAHAS KERETA BERTEMBUNG PIKAP
BINTULU: Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan sebuah pikap di Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Ano Umin, 48, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, maut di lokasi kejadian.
GAMBAR IHSAN SARAWAK DAILY
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 9.05 pagi, lapor Sarawak Daily.
Katanya, sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki tersepit pada bahagian kerusi duduk bahagian pemandu.
“Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa tersepit dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.
GAMBAR IHSAN SARAWAK DAILY
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Manakala seorang mangsa penumpang 4WD yang cedera di bahagian kepala dibawa ambulans ke hospital.