Nadma kerjasama bersama ATM hadapi banjir
Nadma kerjasama bersama ATM hadapi banjir
TEMERLOH – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk mengkoordinasikan trak yang berkapasiti lebih 10 tan dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini kerja-kerja pemindahan penduduk terjejas banjir menggunakan lori berkapasiti 5 tan.
“kita memerlukan trak atau lori tank tunner sekarang gunakan lori 5 tan tapi kita akan kerjasama dengan angkatan tentera untuk koodinasikan trak yang berkapasiti 10 tan ke atas.”
Dalam pada itu beliau berkata, lima daerah iaitu Temerloh di Pahang, Segamat dan Kota Tinggi di Johor; serta di Kota Belud dan Kota Marudu di Sabah akan berlaku luruan hujan yang luar biasa bermula esok.
Justeru, Nadma akan menasihatkan penduduk yang berisiko terjejas banjir akan berpindah awal beradasarkan sistem amaran awal banjir yang ditetapkan.
Katanya, senarai penduduk yang berisiko terjejas banjir itu telah direkodkan Nadma menerusi bencana banjir yang berlaku sebelum ini.
Beliau turut menasihati penduduk yang terjejas banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti yang diarahkan pihak berkuasa, bagi membolehkan mereka menerima wang ihsan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke tapak tebatan banjir di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang.-SAHIH