Foto atas : Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan cenderamata dalam majlis Penutup Ekspo Buku Malaysia dan Anugerah Buku Negara 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Capaian internet Tabika Kemas dinaik taraf
Pelaksanaan projek naik taraf capaian Internet di premis Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi fasa satu dijangka bermula hujung tahun ini.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya sedang menunggu jumlah peruntukan yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
“Keperluan untuk menyediakan kemudahan Internet terutama bagi tabika yang terletak di pedalaman merupakan usaha untuk memastikan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika KEMAS berjalan lancar seterusnya menjadi aspirasi kepada pembangunan bakat awal kanak-kanak,” katanya.
Beliau juga kata Mahdzir, telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini berhubung projek meningkatkan capaian Internet di 11,000 ribu premis Tabika KEMAS.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga anak sakit jantung, saraf dan tinggal di rumah tanpa bilik
JERANTUT – Tiga orang anak daripada 5 beradik kepada pasangan Mohd Nazrul Mat Zain, 42, dan Nurul Wahida Kamarudin, 38, dua daripadanya mengalami penyakit jantung dan telah menjalani pembedahan dan seorang lagi menunggu rawatan saraf dan pembedahan.
Nurul Aishah Mohd Nazrul , berusia 1 tahun 4 bulan, sudah menjalani dua kali pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur berikutan penyakit jantung berlubang dan saluran injap pada 29 Jun dan 6 Julai 2022 lalu.
Anak bongsunya, Nurul Aishah Mohd Nazrul , berusia 1 tahun 4 bulan, sudah menjalani dua kali pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur berikutan penyakit jantung berlubang dan saluran injap pada 29 Jun dan 6 Julai 2022 lalu.
Manakala, anak ketiga, Nurul Shafiera, 11, turut mengalami masalah jantung dan telah menjalani pembedahan dua tahun lalu.
Anak keduanya, Nurul Syafinaz, 14 pula diserang penyakit pelik berkaitan saraf apabila jari telunjuk di tangan kiri membengkak dan berlaku kesakitan berterusan di bahagian tangan dan lengan kiri serta bahagian belakang badannya.
“Nurul Syafiera mula mengalami sakit jantung dan telah menjalni pembedahan sejak berumur 9 tahun, sekarang masih menerima rawatan susulan di Hospital Temerloh.
“Adiknya (Nurul Aishah) turut mengalami masalah jantung sejak lahir dan sudah dua kali menjalani pembedahan pada 29 Jun dan kali kedua pada 6 Julai, sekarang masih menerima rawatan dari IJN dan Hospital Temerloh,” katanya di rumahnya di Felda Kota Gelanggi 2, dekat sini, semalam.
Katanya, anaknya Syafinaz mula diserang sakit saraf sejak berusia 11 tahun dan sekarang menunggu panggilan daripada Hospital Kuantan untuk menjalani pembedahan yang berpunca daripada benjolan kecil di jari telunjuk kirinya dan terus memberi kesan sakit belakang badannya.
“Oleh kerana selalu menjalani rawatan susulan, keluarga saya menghadapi kesulitan perbelanjaan untuk tiga anaknya selain perbelanjaan harian lain.
Keluarga itu kini menumpang di sebuah rumah kecil yang uzur di atas tanah milik ibu bapa, sebuah rumah tanpa bilik dan juga di situlah sebagai tempat untuk memasak serta tanpa bilik air yang sempurna untuk kemudahan mandi-manda
“Kami anak beranak kini menumpang di sebuah rumah kecil yang uzur di atas tanah milik ibu bapa, sebuah rumah tanpa bilik dan juga di situlah sebagai tempat untuk memasak serta tanpa bilik air yang sempurna untuk kemudahan mandi-manda,”katanya.
Katanya, kerana pendapatan bulanannya suaminya tidak tetap, iaitu antara kira-kira RM600 hingga RM900 hanya sekadar berjimat untuk keperluan barang dapur, persekolahan anak, bil elektrik dan air.
“Suami saya berkerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, diharap dapat bantuan daripada mana-mana pihak untuk kos perubatan anak-anak saya.
“Dengan pendapatan itu untuk membeli susu khas bagi kedua anaknya yang mengalami masalah jantung sebanyak RM1,200 sebulan, manakala setiap kali ke IJN Kuala lumpur terpaksa berhabis wang sebanyak RM1,000 termasuk sewa kereta, tempat tinggal dan makanan,”katanya.
Katanya, kepada dermawan termasuk NGO yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Nurul Wahida Kamarudin menerusi talian 013 7154171.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RM2.3 bilion projek ganti paip lama dan naik taraf loji
LIPIS – Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan untuk melaksanakan sebanyak 217 projek menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA)untuk menggantikan paip lama serta peralatan tertentu mulai tahun ini.
Tanggungjawab itu diserahkan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), iaitu anak syarikat kerajaan untuk mengatasi masalah utama bekalan kerap terganggu, paip pecah, tekanan rendah, banjir dan kerosakan loji.
Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, projek berkenaan dijadualkan siap dalam tempoh lima tahun akan datang telahpun bermula awal tahun ini khususnya di kawasan yang bermasalah bekalan air bersih.
“Selain faktor gangguan air, ketika kemarau berlaku halangan air cetek di muka sauk dan kapasiti tangki antara punca utama dikenalpasti oleh Paip dan kita sedang berusaha membaikpulih secara berperingkat berasaskan peruntukan tersebut.
“Komitmen Paip juga sejajar dengan hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa mengambil berat serta memberikan keutamaan penyelesaian masalah air di negeri ini,” katanya selepas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Paip di Kampung Lubuk Kulit dekat sini hari ini.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Fadzli Mohammad Kamal yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan bantuan wang tunai sumbangan PAIP dan kerajaan negeri kepada seramai 30 orang penduduk yang kurang berkemampuan.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Fadzli Mohammad Kamal yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kemudiannya turut menyampaikan bantuan wang tunai sumbangan Paip dan kerajaan negeri kepada seramai 30 orang penduduk yang kurang berkemampuan.
Menurut Saiful Zaini, projek tersebut merupakan pelan secara holistik di bawah kerajaan negeri melibatkan kerja membaikpulih serta menaiktaraf LRA, menukar paip lama yang berusia lebih 50 tahun, kerja kejuruteraan di muka sauk loji, pembinaan tangki, penggantian peralatan dan sebagainya.
“Paip serta kerajaan negeri memberikan jaminan mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih sebanyak 90 peratus menjelang lima tahun akan datang apabila kesemua projek di kawasan yang dikenalpasti (masalah bekalan air) di setiap daerah siap sepenuhnya.
“Sehingga awal tahun ini sebanyak enam buah projek menaiktaraf LRA, naik taraf peralatan mekanikal dan elektrikal, pemasangan pam dan kabel di muka sauk di Lipis, Jerantut, Temerloh, Raub, Karak, Kuantan, Bera dan Pekan telahpun siap, manakala enam buah lagi dijadualkan siap pada penghujung tahun ini membabitkan peruntukan kesemuanya bernilai RM12 juta,” katanya.
Jelasnya, peruntukan sebanyak RM2.3 bilion walaupun mencukupi untuk pelaksanaan projek yang telah siap dan dirangka, tetapi akan ditambah lagi oleh kerajaan negeri dari semasa ke semasa termasuk hasil kutipan bayaran air dari akaun pengguna.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Ahmad Nazlan melawat bengkel Asnah Enterprise yang mengusaha bekalan ikan bilis dan ikan kering di Tawau.
TAWAU – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah meluluskan pembiayaan sebanyak 51 juta kepada 257 syarikat di Sabah, manakala pada tahun ini sehingga Julai sebanyak RM 4.4 juta pembiayaan telah diluluskan kepada 18 syarikat.
Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata di Sabah mempunya dua cawangan PUNB iaitu di Kota Kinabalu dan di Tawau, di mana sehingga kini seramai 58 usahawan di Tawau telah mendapat pembiayaan RM13.7 juta dari PUNB.
PUNB menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 50 orang asnaf dan lampu solar kepada 50 penduduk di Tawau.
Katanya, kebanyakkan usahawan yang membuat pinjaman adalah usahawan di kawasan Lembah Kelang dan Selangor dan usaha sedang dipergiatkan untuk lebih ramai usahawan di negeri lain membuat pinjaman.
Katanya dari RM200 juta yang diperuntukkan untuk usahawan dan hanya 40 peratus usahawan di luar Lembah Kelang dan Selangor yang membuat pinjaman dan berharap lebih ramai usahawan di negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak mendekati PUNB.
“Dalam masa yang sama, katanya, lokasi usahawan untuk membuat pinjaman bukan lagi alasan kerana PUNB telah memperkenalkan sistem ‘e-mohon’ untuk permohonan pembiayaan perniagaan.
” Melalui sistem e-mohon, usahawan boleh memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian dan memantau proses permohonan pembiayaan daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan,” katanya.
Beliau berkata, sistem berkenaan dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan usahawan untuk memohon pembiayaan RM100 000 hingga 10 juta.
“Peralihan kepada pendigitalan operasi adalah satu keperluan, selain menjadi antara kaedah progresif yang boleh digunakan dalam persekitaran hari ini. PUNB sentiasa berusaha bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan memudahkan usahawan, ” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PUNB kepada penduduk Kampung Tamang, Mentadak Baru, Wallace Bay dan Telemong di kampung Tamang di Pulau Sebatik hari ini.
Di majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 50 orang asnaf dan lampu solar kepada 50 penduduk terbabit.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman, dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy merangkap Ketua UMNO Bahagian Kalabakan.
Ahmad Nazlan berkata program CSR PUNB, termasuklah bantuan kepada golongan yang memerlukan di laksanakan di beberapa tempat di negara ini bagi membantu meringankan beban mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Balai Bomba baharu Kuala Krau bantu panggilan kecemasan di bawah tempoh 10 minit
KUALA KRAU – Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Pekan Kuala Krau melegakan warga Kuala Krau yang selama ini bergantung kepada khidmat Balai Bomba Temerloh, Jengka dan Jerantut yang kesemuanya terletak kira-kira 40km dari pekan ini.
Balai Pekan Kuala Krau yang telah siap dibina pada April tahun ini adalah Balai Bomba dan Penyelamat ke-28 di negeri Pahang berharga RM 3 juta.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, balai bomba baharu itu dengan lokasi yang cukup baik pastinya mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat setempat, terutama dalam mencapai sasaran ‘response time’ terhadap panggilan kecemasan di bawah tempoh 10 minit.
Turut hadir bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanTimbalan Menteri Dalam Negeri 1 Merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
“Selama ini, masyarakat di sini hanya bergantung kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Rumpun Makmur dan Kuala Krau untuk memberi khidmat kebombaan awal sebelum tiba pasukan bomba dari Jerantut, Temerloh atau Bandar Jengka.
“Terima kasih dengan sokongan bantuan awal diberi PBS Rumpun Makmur dan Kuala Krau yang bertindak sebagai sokongan dan tulang belakang bomba di kawasan sebelum ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH – Program Intergrasi dan Khidmat Sosial Belia Malaysia-China bersama Kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di Kelas Pendidikan Khas Sekolah kebangsaan Sungai Rokam (SKSR) meningkatkan jalinan persahabatan antara dua negara.
Program itu juga memupuk semangat prihatin belia negara tersebut terhadap keperluan sosial dan masyarakat di samping memperkenalkan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia .
Guru Besar SKSR, Yusri Mohamad Abdul dengan salah seorang pelajar China, Jiang Chengao (kanan).
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rokan (SKSR), Yusri Mohamad Abdul berkata, beliau berbesar hati dengan Persatuan Persahabatan Malaysia – China (PPMC) yang sudi memilih sekolahnya untuk mengadakan program kemasyarakatan yang amat bermakna kepada warga sekolah tersebut.
Katanya, tujuan utama program seperti ini adalah untuk mengenali dengan lebih dekat berkaitan proses perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak istimewa seramai 73 orang serta melihat sendiri daya usaha 23 orang guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang berkhidmat di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini.
“Penganjuran program sebegini menjadikan SKSR dikenali oleh pihak luar di samping memberi peluang kepada murid PPKI menjalani program yang bermanfaat selain turut mempromosi tarikan pelancongan di negeri Perak,”katanya di program itu semalam.
Penyerahan peralatan komputer , alat penghawa dingin dan bahan bacaan disampaikan oleh Zulkifli Datuk Zakaria (2 dari kiri) kepada Guru Besar SKSR (2 dari kanan).
Katanya, beliau juga berterima kasih kepada Pertubuhan Wanita Prihatin Perak dan Sekretariat Wanita Perak yang bersama di dalam program ini.
Wakil kumpulan Belia China yang turut serta, Jiang Chengao berkata, beliau dan peserta yang lain amat gembira dengan pelbagai program yang diadakan seperti demonstrasi permainan ‘Stacking Cup’ dan Petanque serta kelas masakan dan sesi ramah mesra bersama warga PPKI SK Sungai Rokam pada hari itu.
Murid PPKI SK Sungai Rokan (baju ungu) melakukan demonstrasi masakan di program tersebut.
Sementara itu, Ketua penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP), Puan Eni Zanifah Mohd Jaberi berkata, JPNP menghargai jalinan serta jaringan yang berjaya dilaksanakan, khusus untuk program yang melibatkan anak-anak OKU di Sekolah Pendidikan Khas, khusus di sekolah itu.
“Pihak jabatan sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan lagi kecemerlangan tadbir urus dan kemenjadian murid di negeri Perak ini yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya melalui pendidikan digital.
“PPMC mewakili China Construction Bank turut memberikan sumbangan berupa 2 unit penghawa dingin, 6 unit komputer dan bahan bacaan kepada sekolah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang terpilih,”katanya.
Pegawai Pengiring PPMC, Ts. Abdul Aziz How Abdullah, menyatakan rasa terharu dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar antarabangsa dari China yang hadir pada hari itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Orang ramai awas dengan lembu berkeliaran di jalan
KUALA KRAU – Pengguna jalan raya di laluan Jerantut- Temerloh perlu berwaspada kerana terdapat haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya terutama di waktu malam.
Kemalangan jalan raya telah berlaku di jalan itu awal pagi ini berdekatan Kampung Kuala Mai melibatkan sebuah kereta dengan sekumpulan lembu.
Penternak wajar bertanggung jawab terhadap haiwan mereka dan tidak membiarkan berkeliaran.
Kereta tersebut mengalami kerosakan teruk manakala seekor lembu mati.
Penternak haiwan itu dikehendaki mengurung haiwan mereka dan jangan dibiarkan berkeliaran kerana boleh meragut nyawa pengguna laluan itu dan juga kerosakan kenderaan terbabit.
Sumber/Gambar: Mohd Arif
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR GAJAH – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), menyediakan dana sebanyak RM800 ribu untuk Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA tahun ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dana itu meliputi Skim Insentif Pelajar RM500 secara one-off, Bantuan Sara Hidup Pelajar RM450 sebulan sepanjang pengajian dan Biasiswa Pelajar RM6,800 hingga RM13,800 setahun kepada pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).
“Melalui yayasan yang sama, RISDA turut menyediakan Skim Bantuan komputer riba UCAM secara one-off dan Anugerah Yayasan RISDA berbentuk dermasiswa bernilai RM2,000 kepada pelajar cemerlang.
Saya yakin, dengan inisiatif yang disediakan ini, ianya dapat menjadi pemangkin kepada generasi muda anak-anak pekebun kecil RISDA untuk terus menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi serta dapat membantu dalam melancarkan pengajian mereka di UCAM.”
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) di sini hari ini.
Turut serta, Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif, Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.
RISDA kata Mahdzir, memberi fokus kepada bidang pendidikan sejak 65 tahun lalu lagi dengan melalui pelbagai evolusi selaras dengan perkembangan sistem pendidikan dan keperluan tenaga kerja dalam sektor pertanian negara khususnya perladangan getah.
Bermula dengan Sekolah Latihan Getah pada tahun 1957, RISDA kini mempunyai Kolej Universiti Agrosains Malaysia atau UCAM yang merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), khusus dalam bidang pertanian.
“Saya difahamkan UCAM setakat ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 10 ribu orang graduan yang bukan hanya berkhidmat di dalam agensi pertanian dan perladangan kerajaan serta swasta, malah tidak kurangnya ada juga yang kini bergelar usahawan dan jutawan.”
Sementara itu pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman antara pihak UCAM dan tiga rakan industri iaitu GrasiCili Plt, Uwais Cendawan Agrotech Enterprise dan Bitara Emas (M) Sdn. Bhd.
MOU itu berkaitan program latihan industri dan penempatan kerja graduan UCAM, latihan profesional, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kerjasama komersial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ahli Jiran Wanita KRT Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur bergambar kenangan di depan pintu utama PJMM.
38 ahli KRT Bandar Baru Sentul santuni warga emas
SENTUL – Tiga puluh lapan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, mengunjungi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), di Semenyih, baru-batu ini.
Dalam kunjungan itu mereka mengetahui masalah sebenar yang menimpa warga emas penghuni pusat berkenaan sehingga tidak sanggup dijaga atau dipelihara waris termasuk anak sendiri walaupun sesetengahnya mereka itu berjaya dalam kehidupan.
Pengerusi PJMM, Azman Rasman memberi taklimat kepada ahli Jiran Wanita KRT Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, yang mengunjungi pusat jagaan berkenaan mengenai warga emas terlantar di atas katil dengan mendapat penjagaan rapi daripada petugas pusat itu.
Pengerusi KRT berkenaan, Masariman Zainur, berkata kunjungan ke PJMM itu dianggap penting untuk diteruskan bagi memberi peluang kepada ahli dalam kalangan Jiran Wanita KRT untuk menyelami masalah warga emas di pusat berkenaan.
Menurutnya, dengan cara itu sahaja dapat dijadikan panduan serta pedoman bagi memotivasikan serta memberi kesedaran kepada generasi muda di komuniti mereka terutama untuk menjadi warga negara atau anak yang bertanggungjawab menjaga ibu bapa sehingga hujung nyawa.
Jelasnya, apabila diadakan program komuniti nanti sudah tentu ahli yang menyertai kunjungi itu dapat berkongsi pengalaman dengan ahli muda dalam KRT untuk tidak mengabaikan ibu bapa di bawah jagaan mereka walaupun kurang berjaya dalam kehidupan.
“Ini merupakan lawatan kali pertama ke pusat jagaan warga emas dan seharusnya ahli perlu memanfaatkan kehadiran mereka sebaik mungkin terutama dengan bertanya khabar penghuni yang ditemui bagi mencari jalan penyelesaian apabila menceritakan kepada komuniti.
“Saya sendiri berasa terkejut dan terharu apabila diceritakan oleh warga emas di PJMM ini dia dihantar ke situ sebaik selesai menerima rawatan di hospital tetapi ditimpa nasib malang anak sendiri tidak mahu menjaganya dengan memberi pelbagai alasan.
Katanya, sepatutnya sebagai anak perkara ini tidak wajar berlaku kerana ibu dan bapa telah bersusah payah berkorban untuk membesarkan kita hingga berjaya dalam kehidupan.
Turut menyertai kunjungan berkenaan Pengerusi Warga Emas KRT itu, Aziz Latif dan bendaharinya, Mohd Nazeri Din. Pengerusi PJMM, Azman Rasman dan Penasihat 2 PJMM, Mohiadin Bahado juga hadir bagi memberikan taklimat mengenai pusat berkenaan.
Dalam kunjungan itu ahli KRT terbabit dibawa melawat bilik menempatkan warga emas termasuk mereka yang terlantar di atas katil, dapur memasak menu harian, bilik dobi pakaian, pengurusan jenazah, surau dan halaman bagi penghuni beristirahat.
Masariman berkata, dalam kunjungan akan datang beliau bercadang membawa ramai ahli muda KRT dan belia di komuniti itu datang mengunjungi PJMM supaya mereka dapat melihat dengan lebih dekat nasib warga emas yang disisihkan ahli keluarga.
“Mungkin kita akan mengadakan aktiviti bergotong-royong bersama penghuni di sini dalam memberi kesedaran yang lebih berkesan kepada mereka apabila berpeluang beramah mesra dengan warga emas secara lebih dekat,” katanya.
Azman dalam taklimatnya berkata, sesetengah ahli keluarga khususnya anak ada menziarah untuk menemui warga emas di situ yang didakwa ibu atau bapa mereka tetapi tidak berhajat membawa pulang supaya dapat menjaga sendiri dengan memberi pelbagai alasan.
Menurutnya, warga emas di situ dijaga seperti ibu atau bapa sendiri manakala yang sakit atau memerlukan rawatan susulan kami bawa ke hospital berkenaan mengikut janji temu yang dijadualkan dengan diiringi petugas PJMM.
Tambahnya, walaupun tidak mengenakan sebarang bayaran dan hanya bergantung kepada infak serta sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak untuk beroperasi, warga emas itu tidak pernah diabaikan malah cuba memenuhi permintaan mereka termasuk mengesan waris.
“PJMM menerima apa sahaja sumbangan dari luar termasuklah perkakas atau peralatan untuk kegunaan seperti di dapur, meja, katil, tilam, kerusi dan sebagainya bagi menggantikan yang sudah rosak,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan operasi menyelamat sebelum dua mayat ditemui malam tadi.
Dua mangsa lemas dihanyut arus Sungai Triang ditemui
BERA – Dua mayat mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Triang berhampiran Kampung Kerayong ditemui di dua tempat berasingan.
Mayat pertama yang berusia 15 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Sungai Triang berhampiran jeti Pasar Ayam Kerayong kira-kira 70 meter dari tempat kejadian dengan tempat mayat ditemui pada jam 10.25 malam, semalam.
Manakala mayat kedua berusia 11 tahun ditemui pada jarak 300 meter dari tempat kejadian pada jam 1.40 pagi, hari ini.
Dua mayat tersebut ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota pasukan polis, jabatan bomba dan penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Pegawai Pertahanan Awam Bera, Kapten (PA) Ahmad Azmi Hanfiah berkata, kedua-dua mangsa sebelum kejadian mandi di kawasan berpasir dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pada hari Selasa.
“Berdasarkan makluman awal, seorang daripada mereka dihanyutkan arus, sebelum seorang lagi rakan cuba menyelamatkannya, bagaimanapun, kedua-dua mereka kemudian hilang akibat dibawa arus deras,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, N. Kumaran berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa bersama enam lagi rakan ke kawasan itu sekitar jam 3.30 petang hari Selasa.
“Mangsa dipercayai mandi menggunakan pelampung tayar, tetapi pelampung itu dikatakan terlepas daripada pegangan mereka berikutan arus deras.
“Ada yang melihat mangsa terkapai-kapai dihanyutkan arus sebelum dipercayai lemas sekitar jam 4.30 petang hari tersebut,” katanya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nik Ikmal Shah Ismail, 15 dan Muhammad Danial Isryad Norazlan, 11, yang masing-masing merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!