MP GERIK MENINGGAL DUNIA
DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia petang ini dipercayai kerana serangan jantung.
ALLAHYARHAM Datuk Hasbullah Osman dilantik Pengerusi SPNB awal tahun ini
Mengikut sumber, Hasbullah yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah Hospital di Raub, Pahang.
Allahyarham pada mulanya dikatakan mengadu sakit perut dan dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan oleh isterinya sebelum tidak sedarkan diri.