PKPB DISAMBUNG DI LEMBAH KLANG
PKPB DISAMBUNG DI LEMBAH KLANG
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur berikutan kenaikan kes positif COVID-19 harian yang terus mencatatkan peningkatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan menilai sama ada wujud keperluan bagi menguatkuasakan PKPD di sesebuah kawasan.
“Sebagaimana keadaan di Selangor yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi apabila berlaku peningkatan kes di kawasan tertentu, misalnya baru-baru ini di Sepang, kita memutuskan pelaksanaan PKPD.
“Begitu juga dengan Kuala Lumpur, sekiranya setelah dibuat penilaian risiko berdasarkan kes yang ada dan kebarangkalian jangkitan, KKM akan mencadangkan perkara ini kepada sidang khas MKN.
“Setakat ini tidak ada lagi PKPD di kawasan tertentu di Kuala Lumpur, semua masih dalam PKPB,” katanya dalam sidang media harian, di sini, hari ini.