Empat suspek tetak lelaki di buru
Empat suspek tetak lelaki di buru
BERA: Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun cedera parah selepas dipercayai ditetak menggunakan parang oleh empat lelaki dalam kejadian di sebuah kedai minum di Triang, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 30 Mac lalu kira-kira jam 12.46 tengah malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 29 Mac kira-kira jam 9.16 malam di Ming Wang Kopitiam, No.4 Jalan Besar Mengkuang, Triang.
“Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berbangsa India diserang sebelum ditetak menggunakan parang oleh empat suspek.
Suspek dipercayai melarikan diri dari dengan menaiki sebuah kereta,” katanya .
Zulkiflee berkata, mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Bera untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS ) bagi rawatan lanjut.
Difahamkan mangsa masih belum sedarkan diri.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Beliau berkata, kesemua suspek diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau mengenali suspek diminta menghubungi IPD Bera di talian 09-250 8222 dan balai polis berhampiran. ” katanya.- SAHIH
TAMAT
