Ketua Polis Pahang Bantu Anggota Cedera Kemalangan
Ketua Polis Pahang Bantu Anggota Cedera Kemalangan
BENTONG – Datuk Sri Yahaya Othman, Ketua Polis Pahang, bertindak segera membantu seorang anggota PDRM yang terbabit dalam kemalangan di KM 71.6, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak arah Timur, hari ini.
Anggota berkenaan dipercayai terbabas akibat tumpahan minyak di permukaan jalan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Pahang turut memastikan anggota itu menerima rawatan dengan selamat.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu, terutama di kawasan berisiko. Marilah kita sama-sama mendoakan agar anggota berkenaan cepat sembuh dan urusan rawatannya dipermudahkan.-SAHIH
