Alumni SMKATAHAP bukti kejayaan lahirkan tokoh negara
Alumni SMKATAHAP bukti kejayaan lahirkan tokoh negara
JERANTUT, Kejayaan melahirkan tokoh negara dalam bidang kehakiman dan kepimpinan membuktikan kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKATAHAP) apabila barisan alumninya kini memegang jawatan penting di peringkat negeri dan antarabangsa.
Presiden Persatuan Alumni SMKATAHAP, Mohamad Omar Mokhrij Johari, berkata kejayaan itu dizahirkan menerusi penganjuran Karnival Sukan Alumni SMKATAHAP yang menghimpunkan alumni pelbagai generasi selain mengeratkan hubungan silaturahim dengan warga sekolah.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pengetua SMKATAHAP, GPK Pentadbiran, para guru dan mantan guru serta Mohd Khaizulnizam Mohd Zuldin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan yang juga alumni sekolah berkenaan.
Menurutnya, antara tokoh alumni yang menjadi kebanggaan sekolah ialah , Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Beliau berkata, SMKATAHAP turut mencatat sejarah melahirkan alumni sulung yang kini berkhidmat di peringkat antarabangsa apabila Datuk Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, merupakan antara pelajar terawal sekolah itu yang memulakan persekolahan pada 1984 dan tamat Tingkatan Lima pada 1988.
Selain itu, katanya, SMKATAHAP juga berjaya melahirkan ramai tokoh profesional dalam bidang perubatan termasuk Dr Onn Akbar Ali, Pakar Jantung di KPJ Kajang serta Prof Madya Dr Maisarah Jalalonmuhali, Pakar Nefrologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
3365742074444847156.jpg)
“Kejayaan alumni dalam pelbagai bidang profesional ini membuktikan SMKATAHAP konsisten melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran dan berdaya saing sejak penubuhannya,” katanya.
Karnival yang berlangsung itu mencatatkan penyertaan 350 peserta berdaftar dengan kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 600 orang melibatkan alumni, warga sekolah dan komuniti setempat.
Pelbagai acara sukan dipertandingkan termasuk bola sepak, bola baling, badminton, petanque, woodball, pingpong dan carrom yang berlangsung di sekitar kawasan sekolah.

Program itu turut dibantu sukarelawan dalam kalangan anak-anak alumni dan pelajar SMKATAHAP.-SAHIH
