Monsoon Neon Night Fun Walk meriah, 200 peserta sertai aktiviti sihat
Foto : Antara peserta yang menyertai Monsoon Neon Night Funa Walk di Taman Inderapura, malam tadi.
Monsoon Neon Night Fun Walk meriah, 200 peserta sertai aktiviti sihat
JERANTUT – Suasana ceria dan penuh warna mewarnai penganjuran Monsoon Neon Night Fun Walk yang berlangsung secara santai di Taman Madani Taman Inderapura, dengan penyertaan kira-kira 200 peserta daripada pelbagai lapisan umur.
Penganjuran program ini melibatkan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Bandar (JPKB) meliputi Bandar Inderapura, Taman Inderapura, Taman Woodland Height, Rumah Kilat Sungai Jan, Kawasan Perniagaan Sungai Jan serta Perumahan Sungai Jan, dengan sokongan Majlis Daerah Jerantut.
Monsoon Neon Night Fun Walk dengan kerjasaama Majlis Daerah Jerantut (MDJ) bukan sahaja bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah dalam suasana santai, selamat dan menyeronokkan.
Program bermula seawal 8.30 malam dengan pendaftaran peserta serta pengambilan baju, diikuti taklimat keselamatan pada jam 9.00 malam. Tepat 10.15 malam, peserta dilepaskan dalam acara fun walk yang diserikan dengan cahaya lampu neon, sekali gus mencetuskan suasana malam yang meriah dan penuh semangat.
Peserta mula tiba di garisan penamat sekitar jam 10.30 malam sebelum acara diteruskan dengan cabutan bertuah yang menceriakan lagi suasana. Program kemudiannya berakhir dan peserta bersurai pada jam 11.30 malam.-SAHIH.
