IASC Holdings catat 100,000 jam kerja tanpa kecederaan di Lipis
IASC Holdings catat 100,000 jam kerja tanpa kecederaan di Lipis
LIPIS – IASC Holdings Sdn Bhd meraikan pencapaian bersejarah apabila berjaya merekodkan 100,000 jam kerja selamat tanpa sebarang kecederaan yang menyebabkan kehilangan waktu bekerja (Lost Time Injury – LTI).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, projek Maadhad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Lipis yang bermula pada April 2024 dengan kos RM14.7 juta, dibangunkan di atas tapak seluas empat ekar dan mampu menampung 80 pelajar.
“Walaupun dijadual siap pada April 2026, projek ini dijangka dapat disiapkan lebih awal iaitu November 2025 berikutan perancangan rapi serta tahap pematuhan keselamatan yang tinggi.
“Pencapaian tanpa LTI ini disifatkan sebagai bukti komitmen semua pihak terhadap budaya kerja selamat dan keberkesanan sistem pengurusan keselamatan serta kesihatan pekerjaan. Ia juga hasil kerjasama erat antara pengurusan, pekerja, kontraktor dan agensi penguat kuasa,” katanya di Majlis penghargaan itu berlangsung di Tapak Projek MTNP Lipis, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah IASC Holdings, pengurusan tertinggi, agensi berkaitan serta kira-kira 100 jemputan termasuk warga kerja projek.
Katanya, sebagai penghargaan, lima kontraktor terbaik turut menerima pengiktirafan, iaitu MNE Teknologi Sdn Bhd (Pendawaian Elektrik), FP Maju Sdn Bhd (Kerja Paip Air Luaran), ACIO Sdn Bhd (Kerja Kekuda dan Paip Air Dalaman), Pembinaan Gunung Emas Sdn Bhd (Kerja Struktur dan Konkrit) serta Bumi Bina Sdn Bhd (Kerja Tanah).-SAHIH.