Karnival Merdeka Muhibbah Jerantut 2025 Sambut hari Kebangsaan ke-68
Foto : Karnival Merdeka Muhibah Jerantut 2025 bakal berlangsung sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 30 Ogos ini.
Karnival Merdeka Muhibbah Jerantut 2025 Sambut hari Kebangsaan ke-68
Jerantut – Bandar Jerantut bakal bergema dengan pelbagai aktiviti menarik apabila Karnival Merdeka Muhibah Jerantut 2025 berlangsung sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Karnival yang menghimpunkan masyarakat setempat akan berpusat di beberapa lokasi utama antaranya Padang FA, Padang Hoki, Gelanggang Bola Jaring MDJ, Taman Permainan Dewan Arena, Sungai Betong serta Gelanggang Petanque I-City 3.
Pelbagai acara sukan rakyat, pertandingan tradisional, aktiviti keluarga dan pameran dijangka menarik penyertaan ramai.

Antara acara tumpuan termasuk Kejohanan Tarik Tali dengan hadiah wang tunai RM700, Kejohanan Penalti 3-on-3 yang menawarkan hadiah sehingga RM1,000 serta kejohanan petanque yang terbuka kepada agensi, jabatan dan komuniti.
Selain itu, pertandingan unik seperti Baby Merangkak, Baby Berjalan, Ninja Kids Warrior, Pertandingan Kucing Comel serta cabaran memancing di Sungai Betong dijangka menjadi tarikan utama keluarga dan pencinta haiwan.
Karnival ini turut menyediakan pameran, reruai jualan makanan, kraftangan, produk tempatan serta ruang jualan SDSI yang akan beroperasi dari pagi hingga tengah malam.
Dengan hadiah menarik menanti pemenang setiap kategori, orang ramai khususnya warga Jerantut dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini.
Karnival ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotik, malah mengeratkan silaturahim dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat.-SAHIH.
