Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta di Maran
Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta di Maran
MARAN – Seorang lelaki yang bekerja di Majlis Daerah Maran maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah kereta di Kilometer 84, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran simpang Kg Sentosa, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi apabila mangsa, Yuhairul Mohd Yusof, 47, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Persagi, Chenor menuju ke tempat kerja.
“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah Nissan Grand Livina yang dipandu seorang pesara guru, ketika wanita itu sedang membelok ke simpang kanan menuju Kampung Sentosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mangsa merupakan seorang pekerja Majlis Daerah Maran dan dipercayai dalam perjalanan ke pejabat ketika kejadian berlaku.
Mangsa yang juga penduduk Kampung Serengkam itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.
Pemandu kereta, Sarkiyah bt Yaakub, 60, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.