Pemuda ditahan aksi superman di LPT1
Pemuda ditahan aksi superman di LPT1
MARAN: Seorang lelaki ditahan setelah klip video memaparkan aksinya menunggang motosikal ala ‘Superman’ di Kilometer (KM) 160 Lebuh Raya Pantai Timur 1 ( LPT1) arah Kuantan di sini tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Maran , Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di Felda Jengka 23 semalam.
Menurutnya, penahanan itu juga hasil kecekapan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu pejabat Polis Daerah ( IPD) Maran.
“Aksi Superman oleh lelaki itu menjadi tular setelah klip videonya dimuatnaik di media sosial ( tiktok) oleh seorang pemilik akaun @Al_Afifi yang memaparkan aksi seorang penunggang motosikal meniarap di atas motosikal ( Superman ) jenis Yamaha Y15 ZR
“Lelaki itu kemudiannya ditahan di Felda Jengka 23 sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menerusi klip video berdurasi kira-kira 20 saat itu, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu dilihat melakukan aksi ala Superman dengan gelagatnya dirakam individu lain.
Mengulas lanjut Norzamri berkata, semakan lanjut mendapati penunggang motosikal tersebut tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya juga didapati negatif dadah.
“ Saspek dan motosikal ditahan untuk tindakan lanjut. Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum di majukan kepada TPR Pahang untuk tindakan lanjut.
Ketika ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000,” katanya.-SAHIH
Ends