Pemandu lori maut babit dua lori dan Perodua Aruz
Pemandu lori maut babit dua lori dan Perodua Aruz
LIPIS – Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan Perodua Aruz, di KM6, Jalan Lipis-Benta pada kira kira jam 2.40 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Azli Mohd Noor berkata itu pemandu lori Izuzu, Muhammad Redzuan Mohd Razid, 28, berasal dari Parit Raja Darat , Muar meninggal di tempat kejadian manakala dua orang mengalami kecederaan.
Katanya, , Muhammad Redzuan yang memandu kenderaan itu bersama seorang kelindan dari arah Gua Musang hendak ke Muar selepas selesai menghantar anak pokok durian.
“Sampai di tempat kejadian, lorinya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah lori Nissan dari arah belakang yang hendak masuk ke simpang kanan menuju ke Tokong Cina Penjom.
” Akibat dari pelanggaran tersebut, Muhammad Redzuan telah masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kenderaan Perodua Aruz dari arah bertentangan,” katanya.
Azli berkata, pemandu lori itu telah maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori Nissan dan seorang penumpang mengalami cedera ringan.
“Manakala, pemandu dan penumpang Perodua Aruz hanya mengalami cedera ringan.
“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu lori Izuzu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.-SAHIH.