Veteran ATM perlu lapor ke JVEH
Veteran ATM perlu lapor ke JVEH
MARAN – Kira-kira 40,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ( JHEV) menyukarkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka.
Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, pangkalan data JHEV terdapat seramai 230,000 veteran tentera membabitkan 188,000 berpencen dan 78,000 veteran tidak berpencen.
Tambah beliau, statistic itu menunjukkan kira-kira 40,000 orang veteran tentera tidak dapat dikesan kerana mereka tidak mengemaskinikan maklumat di JHEV dan persatuan ATM di tempat masing-masing.
“ Dia tidak perlu pergi mendaftar sebenarnya ..kalau orang cakap kenapa nak daftar sebab dia bekas anggota tentera ..tetapi dia kena lapor ke jhev bukan daftar pergi ke jveh lapor untuk kita ujudkan kan rekod mereka didalam sistem kami ..rekod ada ada nama saja masuk dalam persatuan dan persatuan akan membantu .
Menurutnya ,Ibu Pejabat JHEV hanya ada nama mereka sahaja tanpa maklumat lanjut menyebabkan mereka terlepas menikmati pelbagai kemudahan dan sumbangan kewangan yang patut diterima.
` Oleh itu veteran tentera berpencen atau tidak berpencen digesa segera berdaftar terutama yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun 2000 bagi memudahkan menerima bantuan disediakan oleh JHEV dan Kerajaan,katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Pertubuhan Kumpulan Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang di Pejabat Agama Islam Daerah Maran Di Pahang . Menurutnya, jika mereka mendaftar, mereka akan dapat pelbagai kemudahan dari segi kesihatan dan sebagainya yang disediakan kementerian dan Kerajaan.
Tambah beliau, JHEV memperuntukan sebanyak RM238 juta kepada veteran tentera untuk kebajikan mereka membabitkan tujuh elemen antara bantuan bencana alam, baiki rumah, Pendidikan, kesihatan, pengurusan jenazah dan lan-lain.
Sehingga akhir Oktober sebanyak RM178 juta telah disalurkan kepada veteran tentera dan waris.
Sebanyak kira-kira RM20 juta lagi akan disalurkan kerana banyak lagi belum dibayar sehingga akhir tahun ini,“ katanya.
Zambery juga menggesa supaya penerima bantuan sara hidup kepada veteran tentera sebanyak RM300 sebulan yang bermula bulan September lepas diberi tanpa syarat.
Menurutnya, sehingga ini seramai 10,039 orang telah mendapat faedah manakala kira-kira 5,000 orang tidak layak kerana melepasi tahap kemiskinan tegar RM1169 sebulan.- SAHIH