Program Komuniti Merdeka Peringkat Daerah Maran
Foto atas : Bergambar kenangan bersama peserta Berjalan Teguh Bersama 10,000 Langkah di Maran.
Program Komuniti Merdeka Peringkat Daerah Maran
MARAN – Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan Komuniti Keluarga Malaysia di daerah ini menyertai Berjalan Teguh Bersama 10,000 Langkah, di sini, semalam.
Timbalan Menteri Kementerian Peruamahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata, sempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan, diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan jati diri di kalangan masyarakat khususnya di Maran.
Katanya, program yang dianjurkan sempena sambutan hari kebangsaan boleh menyuburkan semangat sayangkan negara dan sanggup mempertahankan negara sekiranya diperlakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Maran dianjur dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Maran turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Busana Merdeka, pelbagai pameran daripada agensi kerajaan, cabutan bertuah dan banyak lagi.-SAHIH.