Kenaikan harga barang seluruh dunia
Kenaikan harga barang seluruh dunia
JERANTUT – Kementerian pertanian dan industri makanan (kpim) sedang merangka pelan tindakan untuk mengatasi kenaikan harga barang utama, iaitu sayur-sayuran, ayam dan barang makanan lain dalam masa terdekat.
Timbalan menteri pertanian dan industri makanan dua, dr. Nik muhammad zawawi salleh berkata, pelan tindakan itu dirangka dengan kerjasama dua kementerian lain bagi membantu pengeluar dan petani yang terkesan teruk sehingga menyebabkan kenaikan harga keperluan berkenaan.
Beliau berkata, perbincangan melibatkan sesi libat urus bersama kementerian kewangan dan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (kpdhep) telah dibuat semalam dan masalah berkenaan akan diatasi dalam masa terdekat.
Menurutnya, seluruh negara sebenarnya ..Seluruh dunia yang berlaku kenaikan punca kerana berlakunya pendemik covid-19 itu yang asasi daripada pendemik ini menyebabkan berlakunya sebagai contoh di brazil ,italy mereka adalah negara pengeluar kepada jagung sama dengan argentina seumpanya, jadi bila pkp ini berlaku seluruh dunia maka isu pekerjar pekerja yang nak berkerja ini terpaksa diberhentikan untuk kita menjaga nyawa.
Ini menyebabkan pengeluarann jagung dan bahan bahan lain yang mebabitkan makanan ternakkan berkurangan bergitu ketara sekali, bila kurang benda meningkat harganya.
Beliau berkata demikian dalam rangka lawatan kerja menyaksikan projek permainan beradas dan pengeluaran semen beku untuk ternakan lembu ‘sado’ atau hibrid di institut biodiversiti veterinar kebangsaan (ibvk) kampung bukit dinding, jerantut.
Turut hadir, ketua pengarah perkhidmatan veteriner, datuk dr norlizan mohd noor.
Beliau menjelaskan, kpim juga akan mengkaji bayaran subsidi kepada pengusaha dan pekebun bagi meringankan usaha pengeluaran khususnya menyediakan racun dan baja antara alternatif memulihkan keadaan.-SAHIH