Pekerja pasar raya dituduh bunuh kanak kanak berdepan hukuman gantung
Pekerja pasar raya dituduh bunuh kanak kanak berdepan hukuman gantung
ROMPIN – Seorang pekerja pasar raya dituduh di mahkamah majistret rompin atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak lelaki dibawah jagaannya yang berusia dua tahun.
Tertuduh, mohd noor ab manap, 31 tahun hanya menganguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret wahidah zainal abidin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan ke atas adam di sebuah rumah di kampung janglau pada pukul 2 pagi 11 november lalu.
Pendakwaan dijalankan timbalan pendakwa raya, nurhalimatun saadiah abdullah manakala tertuduh diwakili peguam ahmad deniel roslan.
Kes dijalankan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Ketua polis daerah rompin dalam kenyataan media memaklumkan, hasil soal siasat tertuduh mengaku bertindak memijak mangsa pada bahagian perut sebanyak dua kali hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Tertuduh mengaku melakukan perbuatan itu kerana tidak berpuas hati dan tidak rela kerana terpaksa menjaga mangsa.
Mangsa kemudiannya dibawa tertuduh ke hospital rompin dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 4 pagi hari sama.
Sebutan semula kes untuk laporan kimia dan forensik 20 januari depan. – SAHIH