Pos Satak di Pahang PKPD
Pos Satak di Pahang PKPD
RAUB – Perkampungan masyarakat Orang Asli etnik Mok di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata , Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti tunggal itu ialah di Kampung Orang Asli Pos Satak dalam Mukim Batu Talam, Daerah Raub.
Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sudah pun merekodkan sejumlah 24 kes positif Covid-19 di perkampungan terpencil yang dihuni hampir 700 orang penduduk tersebut.
Kes pertama dikesan melibatkan seorang individu pada 19 Oktober lalu manakala kes terakhir pula dicatatkan pada Ahad lepas membabitkan lima lagi orang.
Perkampungan yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Raub atau hampir 40 minit memandu kereta menerusi Laluan C150 dari simpang tanah skim Felcra Batu Talam.
Kali terakhir perkampungan Orang Asli dikenakan PKPD ialah pada 21 Oktober lalu yang melibatkan Kampung Ruai dalam mukim yang sama juga di negeri berkenaan
Sebelum ini sebanyak 500 orang dari kalangan etnik Semai ini pernah dikenakan PKPD dari 22 Julai sebelum ditamatkan lebih awal daripada jadual ditetapkan pada 2 Ogos lalu.-SAHIH