Polis siasat penemuan rangka manusia
Polis siasat penemuan rangka manusia
SIBU – Misteri kehilangan seorang wanita tujuh bulan yang lalu akhirnya terjawab dengan penemuan beg tangan, kad pengenalan, rantai emas, wang tunai serta sebuah motosikal bersama tulang rangka manusia di dalam kawasan semak.
Nooranim Tahir, 47, ghaib tanpa berita telah dilaporkan hilang oleh suaminya pada 25 April tahun ini.
Utusan Borneo melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Collin Babat berkata penemuan di tepi Jalan Batu 8 Jalan Oya pagi tadi itu mungkin ada kaitan dengan kehilangan .
Menurut Collin, polis juga menemui kad pengenalan, rantai leher emas, wang kertas dan sebuah motosikal jenis Modenas MR2 di lokasi kejadian.
“Kita dapati nombor plat pendaftaran motosikal yang dinaiki mangsa adalah sepadan dengan laporan polis yang diterima ketika itu,” katanya.
Dalam laporan itu, mangsa dipercayai keluar dari rumah menaiki motosikal dari Kampung Jeriah bertujuan untuk berjumpa dengan suaminya di Jalan Kemuyang pada jam 8 malam 25 April lalu.
Polis masih menyiasat.
foto – Sarawak Update