FAA TERIMA 3,000 LAPORAN SALAH LAKU PENUMPANG PESAWAT
FAA TERIMA 3,000 LAPORAN SALAH LAKU PENUMPANG PESAWAT
WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menerima lebih 3,000 laporan mengenai kesalahan penumpang pesawat pada tahun ini.
Sebanyak 2,300 daripada 3,000 laporan itu melibatkan penumpang yang enggan mematuhi peraturan memakai pelitup muka di dalam pesawat.
Antara kes terbaharu melibatkan seorang penumpang penerbangan Delta Airlines yang menggunakan sistem interkom pesawat dan menyerang dua kru kabin, lapor AFP.
FAA sudah mengenal pasti 465 kesalahan melanggar peraturan daripada 3,000 kes yang dilaporkan dan sudah mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap 57 kes