HOTEL DARUL MAKMUR JERANTUT SELAMAT
HOTEL DARUL MAKMUR JERANTUT SELAMAT
JERANTUT : Jabatan Kesihatan mengesahkan tiada pelanggan atau kakitangan yang dijangkiti wabak Covid-19 yang menginap atau berada di Hotel Darul Makmur (HDM) Jerantut seperti yang ditularkan sebelum ini dan hotel masih beroperasi seperti biasa.
Pengurusnya, Mansor Mat Isa, berkata perkara itu telah disahkan oleh jabatan kesihatan tiada gejala telah positif seperti diberitakan berlaku pada 29 September lepas.
“Ekoran berita yang tular itu pihak hotel bertanggung jawab menutup sehari untuk tujuan sanitasi demi menjaga keselamatan pelanggan dan pekerja.
“Taman tema air memang ditutup atas arahan pihak berkuasa tempatan berikutan semua tempat riadah dan rekreasi ditutup selama 14 hari setelah terdapat 4 kes positif Covid-19 di daerah ini,”katanya.
Katanya, pihak pengurusan hotel memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan berharap orang ramai terus menyokong HDM dan tidak perlu bimbang , pihaknya sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) seperti disarankan.