KERAJAAN GAGAL ATASI COVID-19
KERAJAAN GAGAL ATASI COVID-19
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa gagal mengawal COVID-19 di Malaysia.
Menurutnya, dengan saiz Kabinet yang besar, mengapa kerajaan masih lagi gagal untuk melaksanakan langkah terbaik bagi menangani pandemik tersebut.
Tegasnya, kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).
“Keputusan kerajaan memantau, menguat kuasakan SOP itu kadangkala tidak konsisten. Kadangkala tegas, kadangkala lembut.
KETUA PEMBANGKANG, ANWAR IBRAHIM
“Kadangkala masa cuti, diberi kelonggaran luar biasa dan dua minggu berikutnya, kita dapat lonjakan jumlah kes kerana kecuaian kita tetapkan keputusan yang konsisten dan tegas,” katanya dalam siaran langsung menerus Facebook rasminya pada Isnin, lapor Astro AWANI.
Dalam pada itu, mengulas surat Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) yang tular pada Ahad, Anwar berkata, saranan daripada kementerian dalam surat tersebut sepatutnya sudah dilaksanakan beberapa bulan lepas.
GAMBAR HIASAN
“Ini masalah bila ada keangkuhan kuasa, umpamanya cadangan kepakaran kesihatan dalam jawatankuasa, itu dibuat setahun yang lalu, tidak dipedulikan kerana mereka rasa mereka cukup wibawa.
“Begitu juga cadangan tentang pemusatan kawasan kluster, dibangkitkan tapi diketepikan,” ujarnya.