TENTERA ISRAEL BUNUH RAKYAT PALESTIN
TENTERA ISRAEL BUNUH RAKYAT PALESTIN
RAMALLAH: Seorang pekerja Palestin maut akibat terkena gas pemedih mata selepas tentera Israel melakukan serangan berhampiran bandar Tebing Barat, Tulkarem.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Fouad Joudeh, 50 tahun dari bandar Nablus bersama pekerja lain difahamkan cuba melintas pagar di perkampungan Faroun untuk ke tempat kerja mereka di Jaffa, lapor agensi berita Anadolu.
Israel sebelum ini melarang pekerja tanpa permit masuk dari tanah yang ditawan sejak 1948.
Fouad dikatakan cuba ke tempat kerjanya selepas 20 hari tidak bekerja apabila Israel melakukan perintah berkurung baharu untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Doktor di Hospital Rafedia di Nablus berkata, bedah siasat mengesahkan Fouad mati terhidu gas pemedih mata dengan jumlah yang banyak dan juga jantung gagal berfungsi lapor AGENSI.
Ratusan penduduk Palestin di Nablus menghadiri pengebumian mereka dengan perasaan marah dan kebencian malah menganggap kejadian itu sebagai jenayah baharu.
“Mesej kita kepada semua adalah kita tidak menerima pembunuhan dan berdiam diri. Bedah siasat tidak menunjukkan kesakitan Fouad ketika dia diracun,” kata tokoh masyarakat Palestin dan bekas tahanan, Khader Adnan ketika pengebumian itu.
Fouad adalah bapa kepada empat anak dan paling sulung berusia 10 tahun.