BUNUH DIRI AKIBAT COVID-19
BUNUH DIRI AKIBAT COVID-19
SERDANG: Seorang warga emas ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semalam selepas dipercayai bunuh diri akibat kemurungan dijangkiti Covid-19.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang Mohd Akmalrizal Radzi, mangsa berusia 66 tahun itu membuat dua ujian saringan Covid-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.
GAMBAR HIASAN
“Mangsa pada 22 Januari telah mengajak isterinya pergi ke Public Bank untuk pindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan Covid-19 mangsa.
“Menurut isteri, mangsa sering mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif Covid-19.
“Mangsa juga sering mengatakan kepada isterinya lebih baik mati daripada sakit seperti ini,” kata pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan, lapor Malaysiakini.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, Mohd Akmalrizal berkata, siasatan awal di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dan dipercayai telah membunuh diri.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga menunggu laporan lanjut,” katanya lagi.
Sekiranya anda merasa tertekan, mempunyai kecenderungan bunuh diri, atau mengenali seseorang yang sedemikian, anda boleh menghubungi Befrienders untuk mendapatkan bantuan dengan mengikuti langkah di laman web https://www.befrienders.org.my/
Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah membuat talian sokongan psikososial untuk pekerja barisan hadapan dan orang lain yang secara emosional terjejas oleh wabak Covid-19.
Talian itu boleh dihubungi di 011-63996482, 011-63994236 atau 03-9359935, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.