BRAZIL ATASI URUGUAY
CAVANI DILAYANGKAN KAD MERAH
MONTEVIDEO: Gol babak pertama Uruguay menerusi jaringan Arthur dan Richarlison membantu Brazil melakar kemenangan 2-0 ke atas Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022, sebentar tadi.
Mengikut laporan AFP, dalam perlawanan itu, Uruguay terpaksa beraksi dengan 10 pemain berbaki 20 minit permainan selepas penyerang Manchester United, Edinson Cavani dilayangkan kad merah.
Terdahulu, Brazil yang juga juara dunia lima kali bernasib baik menjaringkan gol awal pada babak pertama selepas percubaan Uruguay untuk menghasilkan gol terkena palang dua kali pada setiap babak perlawanan.
Kemenangan menyaksikan Brazil kekal di tangga teratas kumpulan bagi Zon Amerika Selatan dengan mengutip mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Uruguay pula mengumpul enam mata dalam empat perlawanan.
Kemenangan itu juga melebarkan rekod kemenangan Brazil ke atas Uruguay yang gagal menewaskan musuh tradisi mereka itu sejak 2001.